from Muhamad Ikram Badarudin/Br/BNM
Ingin saya kongsikan bersama kalian tip-tip Bahasa Melayu di bawah :)
...............................
Lanjutan daripada Siri Ke-3 minggu lepas, minggu ini saya akan memberikan beberapa tip tentang kesalahan besar dalam penggunaan kata adalah.
1. Kesalahan penggunaan kata adalah di pangkal ayat.
Contoh:
Salah: Adalah dimaklumkan bahawa.....
Betul: Dengan ini dimaklumkan bahawa...
Nota:
Sesuatu ayat tidak boleh dimulakan dengan perkataan adalah kerana kata pemeri ini ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Selain daripada dengan ini, kata adalah di atas boleh digantikan dengan perkataan sesuai yang lain seperti dengan sukacitanya dan lain-lain atau menggugurkan kata adalah itu.
2. Kata adalah tidak boleh hadir di hadapan frasa/kata kerja.
Contoh:
Salah: Kakitangan adalah dipelawa memohon jawatan ini.
Betul: Kakitangan dipelawa memohon jawatan ini.
Nota:
Kata adalah sebelum kata kerja tidak membawa sebarang maksud atau fungsi tatabahasa sama ada berfungsi sebagai kata penegas atau jenis kata yang lain.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home