Wednesday, July 11, 2007

from Adina Ayu Kamarudin/Ss/BNM

8 SEBAB AMALAN KITA DITOLAK

Daripada hadith, amalan kita akan diangkat ke langit oleh Malaikat setiap hari untuk dihadapkan kepada Allah S.A.W. Sebelum sampai kepada Allah, amalan kita akan ditapis di 7 lapisan langit yang mana setiap lapisan mempunyai Malaikat yang menjaganya. Berikut ialah sebab-sebab amalan kita tidak diterima di setiap lapisan langit:

1. Lapisan Langit Pertama: ditolak kerana mengumpat.
2. Lapisan Langit Ke-2: ditolak kerana amalan untuk keuntungan dunia semata-mata.
3. Lapisan Langit Ke-3: ditolak kerana sombong atau takabbur.
4. Lapisan Langit Ke-4: ditolak kerana ujub.
5. Lapisan Langit Ke-5: ditolak kerana dengki.
6. Lapisan Langit Ke-6: ditolak kerana tidak berbelas kasihan kepada orang lain.
7. Lapisan Langit Ke-7: ditolak kerana riak.
Menurut Imam Al-Ghazali, riak boleh berlaku dalam 12 perkara iaitu:
1. Riak dalam ibadat.
2. Riak dalam ilmu.
3. Riak dalam amalan.
4. Riak dalam kata-kata.
5. Riak bila berzuhud.
6. Riak dengan harta.
7. Riak kerana pangkat.
8. Riak dengan pencapaian.
9. Riak dengan kebolehan.
10. Riak dengan kecantikan tubuh badan.
11. Riak dengan suara yang lunak merdu.
12. Riak dengan kumpulan yang disertai.
Akhir sekali, apabila amalan yang dihadapkan kepada Allah melepasi kesemua 7 lapisan langit, ada satu lagi sebab mengapa amalan kita ditolak oleh Allah S.A.W. Sebab amalan kita ditolak setelah melepasi 7 lapisan langit ialah amalan yang tidak disertai keikhlasan.

Tanda-tanda kita adalah ikhlas
1. Bimbang menjadi masyhur / popular. Biarlah amalan tidak diketahui orang. Contohnya derma. Tak perlulah sediakan replika cek besar-besar seperti biasa kita lihat.
2. Selalu menyalahkan diri sendiri, mengaku kesalahan, bukan menuding jari kepada orang lain atau menyalahkan takdir.
3. Amalan secara senyap, tidak menunjuk-nunjuk atau menceritakan apa amalan yang dibuat kepada org lain.
4. Tidak mengejar pujian, tidak terpesona atau tertipu dgn pujian. Jika orang memuji dia merendah diri dan mengeji dirinya di dalam hati.
5. Tidak lokek memuji orang lain. Pujian ikhlas secara baik, tidak berlebih-lebihan.
6. Kebaikan / kebajikan tidak mengira kepada sesiapa, membuat kebaikan / kebajikan bukan bila bersama orang-orang yang berdarjat besar semata-mata.
Sama-samalah kita bermuhasabah diri. Jadikan petikan hadith ini sebagai peringatan dan panduan dalam kehidupan seharian kita.

BUKANNYA SENANG UNTUK MENJADI SEORANG HAMBA YANG IKHLAS.....!!!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home