Tuesday, June 19, 2007

from Rafian Effendi Razali/Ec/BNM

Amalan ucapan ringan beri banyak keberkatan
Oleh Ahmad Redzuwan Mohd Yunus

APABILA berlaku Kiamat, semua makhluk akan dimatikan oleh Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya dalam surah ar-Rahman, ayat 26-27, yang bermaksud: “Semua yang ada di bumi itu akan binasa, dan akan tetap kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.”

Alam ini akan dimusnahkan mengikut ketentuan-Nya. Langit digulung oleh Allah seperti dijelaskan dalam surah al-Anbiya', ayat 104 yang bermaksud: “Iaitu pada hari Kami gulung langit seperti menggulung lembaran kertas.”

Bumi pula digenggam oleh Allah seperti dijelaskan dalam hadis dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah menggenggam bumi pada hari Kiamat, sedangkan langit berada di tangan kananNya (Hadis riwayat al-Bukhari).

Ibnu Abbas berkata: Allah menggulung tujuh lapis langit dengan makhluk yang ada di dalamnya serta tujuh lapis bumi dengan makhluk yang ada di dalamnya yang semuanya digulung dengan tangan kanan-Nya. Semua itu berada di tangan-Nya seperti sebuah biji yang kecil.

Kemudian Allah akan membangkitkan manusia dari kubur mereka. Ketika itu Allah menjelaskan bahawa hubungan nasab tidak bererti lagi, orang tua tidak boleh memberi pertolongan dan perlindungan kepada anaknya dan begitulah sebaliknya. Keadaan ini dijelaskan dalam firman-Nya yang bermaksud: “Apabila sangkakala ditiupkan, maka tidaklah ada lagi pertalian nasab di antara mereka pada hari itu, dan tidak ada pula mereka saling bertanya.” (Surah al-Mu'minun, ayat 101).

Keadaan di atas dijelaskan dalam sebuah hadis, dari Ibnu al-Makhramah, Rasulullah bersabda: Fatimah adalah bahagian dariku. Apa yang membuatnya marah juga membuatkan aku marah dan apa yang membuatnya semangat, maka membuatku semangat pula. Dan sesungguhnya hubungan nasab itu akan terputus pada hari Kiamat kecuali nasabku (yang mempunyai hubungan) keranaku serta persemendaanku (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Selepas itu, seluruh manusia akan dihimpunkan Allah di padang Mahsyar untuk melalui pertimbangan neraca Allah. Bagi sesiapa yang berat timbangan amalnya, maka mereka adalah di kalangan orang yang beruntung kerana mereka akan ditempatkan dalam syurga Allah. Bagi mereka yang ringan timbangan amalannya, mereka itulah orang yang rugi kerana akan dimasukkan ke dalam neraka Allah.

Keuntungan dan kerugian ini dijelaskan dalam firman Allah yang bermaksud: “Barang sesiapa yang berat timbangan kebaikannya, maka mereka itulah orang yang mendapat keuntungan. Dan barang sesiapa yang ringan timbangannya, maka mereka itulah orang yang merugikan dirinya, mereka kekal di dalam neraka Jahannam.” (Surah al-Mu'minun, ayat 102-103).

Timbangan ini pasti akan dilalui oleh setiap manusia dan Allah akan menimbang setiap perbuatan manusia dengan seadil-adilnya, seperti dijelaskan oleh Allah dalam surah al-Anbiya', ayat 47, yang bermaksud: “Kami akan memasangkan timbangan yang tepat pada hari Kiamat, maka tiadalah dirugikan seseorang barang sedikitpun. Dan jika amalan itu seberat biji sawi pun pasti Kami mendatangkan pahalanya. Dan cukuplah Kami sebagai pembuat perhitungan.”

Rasulullah menerangkan bahawa ada satu amalan yang ringan dilakukan, tetapi mempunyai timbangan amat berat di sisi Allah. Amalan itu ialah ucapan Subhanallah wa Bihamdihi dan Subhanallahil Azim. Ini dijelaskan dalam sebuah hadis, daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: Dua kalimat yang ringan diucapkan dan amat berat di dalam timbangan serta dicintai oleh ar-Rahman adalah Subhanallah wa Bihamdihi (Maha Suci Allah dan dengan memujiNya) dan Subhanallahil Azim (Maha Suci Allah yang Maha Agung) (Hadis riwayat al-Bukhari dan al-Muslim).

Dalam melakukan timbangan itu, Allah juga tidak akan menzalimi hamba-Nya di atas apa yang mereka lakukan sebelum ini di atas muka bumi.

Aisyah menceritakan bahawa, seorang lelaki duduk di hadapan Rasulullah lalu bertanya: Ya Rasulullah! Sesungguhnya aku memiliki beberapa orang budak yang berdusta, mengkhianati dan melakukan maksiat kepadaku, lalu aku memukul dan memaki mereka, maka bagaimana kedudukan aku dari mereka? Maka Rasulullah bersabda: Semuanya dihisab sesuai pengkhianatan, kemaksiatan dan kedustaan mereka kepadamu. Jika hukumanmu kepada mereka setanding dengan kesalahan mereka, maka hal itu saling mencukupi, tidak mengenaimu dan tidak mengenai mereka. Jika hukumanmu lebih ringan dibanding dengan kesalahan mereka, maka hal itu adalah anugerah bagimu. Tetapi jika hukumanmu lebih berat jika dibandingkan dengan kesalahan mereka, maka engkau akan dibalas. Maka lelaki itu menangis di hadapan Rasulullah dan berkata: Ya Rasulullah, tidak ada sesuatu yang lebih baik bagiku daripada melepaskan mereka. Sesungguhnya aku bersaksi bahawa mereka seluruhnya merdeka (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Berdasarkan huraian di atas, sesungguhnya manusia tidak akan dapat lari daripada mizan atau neraca timbangan Allah kelak, walaupun perbuatan mereka itu sebesar biji sawi dan jelaslah bahawa setiap balasan yang diterima seseorang di dunia akan diadili semula oleh Allah SWT di akhirat kelak. Semuanya ini membuktikan bahawa Allah itu Maha Adil.

Dr Ahmad Redzuwan Mohd Yunus adalah pensyarah kanan di Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, UKM

Sumber : Berita Harian, 4 Jun

from receiving@asemal.com.my

Many times, people say that the women species talk
> too much...
>
> But there's no problem because the male ear is
> SELECTIVE !!!
> Example...
>
> When the women say:
>
> "This House is a mess, Honey
> You and I need to clean this
> Your stuff is all on the floor
> ! you will be without clothes
> if you don´t wash them now !!!"
>
> The male ear only understands:
> bla, bla, bla, bla, Honey
> bla, bla, bla, bla, You and I
> bla, bla, bla, bla, on the floor
> bla, bla, bla, bla, without clothes
> bla, bla, bla, bla, now !!!

from Baseer Seradi/Bp/BNM

STIDRAJ



Minggu lepas, kawan seofis Fendi tanya "Kenapa kadang kala kita lihat

seseorg insan tu sentiasa dapat kegembiraan spt dapat naik pangkat, murah

rezeki dll sedangkan dia tu selalu melakukan kemungkaran? ".

So, Fendi pun jawablah yang kdg kala sesuatu anugerah Allah swt kpd

seseorg individu tu bukanlah sebab Allah sayangkan hambanya itu tetapi

kerana Allah nak tengok sejauh mana keikhlasan orang itu.



Allah nak tengok adakah hambanya itu akan menyedari bahawa Allah amat

bermurah hati dengannya jadi sepatutnya dia bersyukur dan berubah menjadi

baik.

Tapi jika individu itu masih tidak reti bersyukur maka sesungguhnya dia

>>telah menimbulkan kemurkaan Ar-Rahman.

>>

>> Ada member tanya kenapa kdg2 kita dah banyak kali berdoa tapi belum

>>dapat apa yang diimpikan. Ustazah kata itu tandanya Allah sayang pada

>>kita. Sebabnya Allah tahu kalau kita lambat atau belum dpt yg diimpikan,

>>kita akan terus berdoa dan mengingati Ilahi. Sebenarnya Allah amat

>>rindukan suara hamba-hambaNya merayu dan memujiNya. Kalau sekali berdoa

>>terus dapat, kemungkinan besar lepas tu kita kita taksub dan lupa utk

>>bersyukur pd yg Esa.

>>

>>Tup-tup dpt pula artikel ni drp seorg rakan. A very relevant and

>>interesting article. Semoga Allah beratkan timbangan ibadah kita drp

>>timbangan dosa di Pdg Mahsyar nanti. InsyaAllah..

>>

>>Apakah dia istid raj itu?

>>

>>Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian

>>itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istid raj . Rasullulah s.a.w.

>>bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat

>>kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa

>>orang itu telah diistid raj kan oleh Allah SWT." (Diriwayatkan oleh

>>At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi

>>

>>Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru

>>dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya

>>adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.

>>Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian

>>di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan

>>berpegang teguh pada agama Islam.

>>

>>Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam,

>>bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja,

>>bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa

>>sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur

>>hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah,

>>kereta mewah menjalar, duit banyak,dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila

>>kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati

>>juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka,

>>takburnya mereka.

>>

>>Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi

>>Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi

>>tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof

>>dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan

>>ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

>>

>>Manusia istid raj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat,

>>dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang

>>beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli,

>>sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat

>>pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh

>>kaya macam aku, katanya sombong."

>>

>>Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan

>>tujuan untuk menghancurkannya. Rasullulah s.a.w bersabda: "Apabila Allah

>>menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan

>>dua sayapnya" (Kitab Nasaibul æIbad)

>>

>>Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu

>>atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak

>>membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap,

>>anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap) , dia

>>akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba

>>hendak melawan Allah swt.

>>

>>Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun

>>tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu

>>sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati,namun dia masih belum mati-mati

>>juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan.

>>Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

>>

>>Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia

>>begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan

>>seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

>>

>>Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya

>>sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan

>>bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita

>>kaya,jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya,akhirnya binasa juga.

>>

>>Jadi,jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala

>>keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan

>>orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang diberikan

>>oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya

>>adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini

>>tanpa keredhaanNya?

>>

>>Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta

>>mewah kita katakan itu istid raj . Orang naik pangkat, istid raj .

>>Orang-orang besar, istid raj . Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya

>>untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istid raj . Dan jangan

>>pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada

>>pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.

>>Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah.

>>

>>Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah?

>>Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat

>>yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan

>>mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas

>>mengabdikan diri kepada Allah.

>>Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian

>>yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan

>>Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

>>

>>Wallahualam.

>>

>>"Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:

>>" Sam paikanlah pesanku biarpun satu ayat.."

from Adina Ayu Kamarudin/Ss/BNM

|Assalamualaikum, |
|Sedekah Jariah - Kebajikan yang tak berakhir! |
| |
|1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, Anda mendapatkan |
|hasanah. |
| |
|2. Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit |
|menggunakannya, Anda dapat hasanah. |
| |
|3. Berkongsi bahan bacaan yang berfaedah dengan seseorang. |
| |
|4. Bantu mendidik seorang anak. |
| |
|5. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda dapat |
|hasanah. |
| |
|6. Berkongsi CD Quran atau Do'a. |
| |
|7. Terlibat dalam pembangunan masjid (fizikal/mengimarahkan) . |
| |
|8. Tempatkan water cooler di tempat umum. |
| |
|9. Tanam pohon pokok . Setiap seseorang atau binatang berlindung |
|dibawahnya, Anda dapat hasanah. |
| |
|10. Hantarkan email ini dengan orang lain. Jika seseorang menjalankan |
|salah satu dari hal diatas, Anda dapat hasanah sampai hari Qiamat. |
| |
|Insyallah. |
| |
|YaAllah Perkenankan Permohonan kami dengan berkat amalan kami yang PALING |
|IKHLAS. |
| |
|Amin !!!!! |
|--------------------------------------------------------------------------|
"wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup
keNerakamu....kami lah hamba yang mengharap belas darimu ..."ya allah
jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua
ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal
dunia"

"Sesungguhnya Solatku, Ibadatku, Hidupku dan Matiku adalah kerana Allah
Tuhan Semesta Alam"

from Muhamad Ikram Badarudin/Br/BNM

Ingin saya kongsikan bersama kalian tip-tip Bahasa Melayu di bawah :)

...............................

Lanjutan daripada Siri Ke-3 minggu lepas, minggu ini saya akan memberikan beberapa tip tentang kesalahan besar dalam penggunaan kata adalah.

1. Kesalahan penggunaan kata adalah di pangkal ayat.
Contoh:
Salah: Adalah dimaklumkan bahawa.....
Betul: Dengan ini dimaklumkan bahawa...

Nota:
Sesuatu ayat tidak boleh dimulakan dengan perkataan adalah kerana kata pemeri ini ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Selain daripada dengan ini, kata adalah di atas boleh digantikan dengan perkataan sesuai yang lain seperti dengan sukacitanya dan lain-lain atau menggugurkan kata adalah itu.

2. Kata adalah tidak boleh hadir di hadapan frasa/kata kerja.
Contoh:
Salah: Kakitangan adalah dipelawa memohon jawatan ini.
Betul: Kakitangan dipelawa memohon jawatan ini.

Nota:
Kata adalah sebelum kata kerja tidak membawa sebarang maksud atau fungsi tatabahasa sama ada berfungsi sebagai kata penegas atau jenis kata yang lain.

from receiving@asemal.com.my

This has got to be one of the cleverest
>>E-mails I've received in awhile.
>>Someone out there either has too much
>>spare time or is deadly at Scrabble.
>>(Wait till you see the last one)!
>>
>>
>>DORMITORY:
>>When you rearrange the letters:
>>DIRTY ROOM
>>
>>PRESBYTERIAN:
>>When you rearrange the letters:
>>BEST IN PRAYER
>>
>>ASTRONOMER:
>>When you rearrange the letters:
>>MOON STARER
>>
>>DESPERATION:When you rearrange the letters:
>>A ROPE ENDS IT
>>
>>THE EYES:!
>>When you rearrange the letters:
>>THEY SEE
>>
>>GEORGE BUSH:
>>When you rearrange the letters:
>>HE BUGS GORE
>>
>>THE MORSE CODE:
>>When you rearrange the letters:
>>HERE COME DOTS
>>
>>SLOT MACHINES:
>>When you rearrange the letters:
>>CASH LOST IN ME
>>
>>ANIMOSITY:
>>When you rearrange the letters:
>>IS NO AMITY
>>
>>ELECTION RESULTS:
>>When you rearrange the letters:
>>LIES - LET'S RECOUNT
>>
>>SNOOZE ALARMS:
>>When you rearrange the letters:
>>ALAS! NO MORE Z 'S
>>
>>A DECIMAL POINT:
>>When you rearrange the letters:
>>IM A DOT IN PLACE
>>
>>THE EARTHQUAKES:
>>When you rearrange the letters:
>>THAT QUEER SHAKE
>>
>>ELEVEN PLUS TWO:
>>When you rearrange the letters:
>>TWELVE PLUS ONE
>>
>>
>>AND FOR THE GRAND FINALE:
>>
>>MOTHER-IN-LAW:
>>When you rearrange the letters:
>>WOMAN HITLER

from Nor Arfah Mohd Makinuddin/Ea/BNM

Teman saya ini (katakanlah namanya Wati, 27 tahun) bekerja pada
suatu perusahaan konsultan yang tidak terlalu besar sebagai asisten dari salah
seorang partner pada perusahaan konsultan tersebut (kita sebut saja
namanya Andy).
Wati sangat mengagumi profil dan karakter Andy. Sebut saja semua hal
yang baik, maka Andy memilikinya. Otak yang cemerlang, sikap yang
profesional dan gentleman, penampilan yang selalu rapi dan nice looking
serta usia baru 36 tahun (waktu itu).

Singkat cerita Wati mulai "naksir" Andy.
Ternyata Wati membiarkan perasaannya kepada Andy tumbuh tanpa halangan.
Semakin hari ia semakin jatuh hati kepada Andy.
Andy bukannya tidak tahu akan hal itu tetapi sikapnya yang profesional
di kantor yang tidak membiarkan hal-hal pribadi mencampuri urusan kantor
membuat Wati semakin mengagumi pribadi Andy.

Suatu hari urusan kantor membuat mereka berdua harus pergi ke beberapa
kota di Jawa Tengah. DL (dinas kota ) nich ceritanya.
Untuk memudahkan mobilisasi, mereka naik pesawat ke Semarang dan menyewa
mobil untuk melakukan perjalanan darat di sekitar Semarang , Magelang,
Yogya dan Solo dalam rangka melakukan suatu survei khusus untuk
kepentingan klien.


Entah bagaimana ceritanya mereka kemalaman dan menginap di sebuah hotel
kecil. Sebenarnya Andy ingin memesan 2 kamar tetapi karena hanya tersisa 1
kamar ia meminta pendapat Wati. Karena memang sudah sangat lelah Wati
setuju untuk sekamar dengan Andy (sebenarnya Wati agak "sedikit senang"
dengan kondisi darurat tersebut).

Karena tidak ber-ac, maka Andy membuka jendela kamar.
Masalah lainnya kamar tersbut hanya memiliki 1 ranjang berukuran
tanggung dan tidak memiliki kursi panjang. Tidak mungkin bagi Wati untuk
meminta Andy tidur di lantai. Jadilah akhirnya mereka tidur seranjang
setelah Andy berjanji bahwa ia tidak akan melakukan hal yang
tidak-tidak.

Sebenarnya Wati tidak bisa tidur karena seranjang dengan Andy.
Sebagai seorang wanita jantungnya berdebar sangat kencang karena tidur
serajang dengan pria sopan yang sangat dikaguminya.

Kaki mereka beberapa kali saling bersentuhan karena ranjangnya memang
pas-pasan. Setelah setengah jam, angin malam yang masuk lewat jendela membuat Wati
merasa kedinginan sehingga ia memberanikan diri bertanya kepada Andy:

"Mas Andy, aku kedinginan nih. Boleh nggak minta tolong jendelanya
ditutup saja?" Andy tidak langsung menjawab dan Wati berpikir Andy
sudah tertidur sehingga ia berkata lagi: "Mas Andy..."

Kali ini Andy langsung menjawab: "Wat, kamu kedinginan ya? MAUKAH
KAMU MALAM INI KAMU BERTINDAK SEPERTI ISTERI SAYA?"

Jantung Wati serasa berhenti berdetak. Pikirannya langsung guncang
mendengar pertanyaan Andy. Dengan hati-hati ia bertanya: "Maksud mas
Andy?"

"Maksud saya...., jendelanya kamu tutup sendiri ya ?!"

from

Alhamdulillah, pada akhir Mei dan awal Jun lalu, saya berkesempatan melakukan ibadah umrah dan ziarah di Makkah dan Madinah. Banyak pengalaman yang mampu dikutip sepanjang 3 hari di Madinah dan 8 hari di Makkah.
[Sila layari www.harakahdaily.net/muktamar/ untuk laporan semasa muktamar]
Pada suatu pagi hari di Madinah, saya dan bapa mertua menuju ke Masjid Nabawi bagi menziarahi makam Rasulullah s.a.w. dan mencari kesempatan beribadah di Raudhah. Sesampainya kami di dataran Masjid Nabawi, saya melihat Dr Badrul Amin Baharon, bekas tahanan ISA dan bekas Ahli MPT KeADILan sedang berbual dengan beberapa orang jemaah Malaysia.
Saya menghampiri beliau, bersalam dan menegur. "Ustaz bawa jemaah (umrah) kah," tanya saya. "Ya! Amy Search pun ada," ujar beliau sambil menunjuk ke arah susuk tubuh yang berserban agak besar. Saya tergamam sedikit tetapi terus mendapatkan Amy dan para jemaah yang lain untuk bersalaman.
Itulah kali pertama saya bersalam dengan Amy. Pernah sekali bertembung dengan beliau di Hospital Intan Gleanegles, Ampang. Tapi tak sempat berbual. Maklumlah... orang KL, masing-masing sibuk. Rupa-rupanya ditakdirkan Allah SWT untuk bertemu di Masjid Nabi dan bertanya khabar di sana.
Langkah bapa mentua yang uzur menyebabkan rombongan Ustaz Badrul Amin lebih dahulu masuk ke Masjid Nabawi. Amy masih berambut panjang waktu itu dan bertocang. Lilitan serbannya tidak dapat menyembunyikan tocangnya yang panjang. Sebaik masuk ke Masjid Nabawi, saya lihat seorang warga Afghan menegur tocang rambut Amy. Ustaz Badrul Amin berkata sesuatu kepada Amy dan beliau akhirnya memasukkan tocang rambutnya itu ke dalam serban.
Pagi itu, saya berkesempatan solat dan berdoa di Raudhah. Selepas itu, dua kali saya terserempak dengan Amy. Kali pertama ketika balik dari melawat makam Rasulullah s.a.w.. Rombongan Ustaz Badrul Amin termasuk Amy sedang menunggu kesempatan untuk masuk ke Raudhah. Kali kedua, ketika penyanyi rock itu sedang mengacu jubah di salah sebuah kedai menjual pakaian di pinggir Masjid Nabawi.
Memang Masjid Nabawi punya tarikan tersendiri. Siapa yang beribadah di dalamnya digandakan pahala seribu kali berbanding masjid-masjid lain selain Masjidil Haram. Di sini jugalah bersemadinya jasad Rasulullah s.a.w. yang mulia dan dua orang sahabat baginda, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar al-Khatab.
Raudhah
Ramai juga yang mencari kesempatan beribadah di Raudhah. Satu kawasan kecil yang terletak berhampiran mimbar dan bersebelahan makam Rasulullah s.a.w.. Banyak fadhilat beribadah di Raudhah. Selain pahala yang berlipat ganda, doa yang diucap di Raudhah juga makbul dengan izin Allah SWT.
Bagaimanapun, kelebihan itu tidak diambil kesempatan oleh penguasa Madinah. Khadamul Haramain, Raja Abdullah memang mengambil berat soal pentadbiran dan penyeliaan masjid kedua paling suci ini. Kita akan melihat, puluhan pekerja am bekerja keras siang dan malam menjaga kebersihan masjid. Kebanyakannya warga Bangladesh berpakaian seragam. Merekalah yang bertungkus lumus melakukan kerja-kerja pembersihan - menyapu, mengelap, menggilap - juga menggantikan tong-tong (container) minuman air zamzam yang diletakkan di kebanyakan laluan dalam masjid itu.
Kawasan masjid yang luas membolehkan penggunaan kenderaan ringan untuk kerja-kerja penyelenggaraan. Jadi berhati-hatilah bila anda berada di dalam Masjid Nabawi. Takut dilanggar kenderaan petugas pembersihan!
Masjid Nabawi juga dimakmurkan dengan kuliah-kuliah pengajian. Waktu antara Maghrib dan Isyak selalunya dipenuhi dengan kuliah-kuliah ilmu. Satu kelebihan bagi yang tahu berbahasa Arab kerana kuliah hanya disampaikan dalam bahasa Al-Qur'an. Di kawasan bahagian timur masjid, kelas-kelas al-Qur'an bagi kanak-kanak diadakan antara waktu Zohor dan Asar. Anak-anak ini duduk dalam halaqat (kumpulan) dengan dibimbing seorang guru.
Pendek kata, Masjid Nabawi bukan sahaja indah dan bersih, malah makmur dengan aktiviti ibadah dan ilmu.
pengurusan masjid kita
Memang cadangan supaya masjid-masjid di negara ini mencontohi Masjidil Haram dan Masjid Nabawi kena pada tenpatnya. Cadangan itu dilontarkan Ketua Jabatan Pendidikan Matematik dan Sains UM, Prof Dr Nik Azis Nik Pa pada Muzakarah Imam-Imam Peringkat Kebangsaan 2007 di UKM Bangi, 13 Jun lalu.
Nik Azis memberikan lapan kelebihan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi yang perlu dicontohi iaitu reka bentuk bangunan yang indah, sentiasa bersih, sistem pembesar suara yang baik, ketinggian mutu bacaan al-Qur'an, jumlah jemaah yang ramai, bilangan tandas yang banyak, kemudahan mengambil wuduk dan minuman yang bersih.
Dari pemerhatian saya, semua faktor yang dijelaskan Nik Azis boleh diterima. Bagaimanapun saya tidak berkesempatan meninjau sendiri tandas di dua masjid utama itu kerana lebih selesa berurusan di tandas hotel penginapan.
Memang pengurusan masjid di negara kita agak ketinggalan berbanding Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Lihat sahajalah dari aspek kebersihan.
Bagaimanapun yang lebih kritikal adalah aspek 'kemakmuran'. Masjid-masjid kita tidak semakmur Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Kebanyakan masjid, khususnya di sesetengah kampung hanya dibuka pada waktu Maghrib dan Isyak. Selain daripada itu, para pengunjung perlu melakukan solat secara sendiri-sendiri di beranda masjid.
Tandas? Sama ada kotor tidak dicuci ataupun dikunci menyebabkan pengunjung tercari-cari tempat untuk 'menyegarkan diri'.
Pun begitu, masih ada imam yang berangan-angan agar elaun RM480 dinaikkan lagi. CEO Yayasan Islam Hadhari, Abd Aziz Abdullah yang mengetuai sekretariat program memberikan pandangan yang lebih ekstrim: 'Tidak mustahil gaji dan elaun imam pada masa depan mencecah sehingga RM8000 sebulan.'
Jika faktor material itu menjadi kenyataan, pasti manusia gagap pun sanggup menjadi imam!
Sebenarnya banyak kekangan untuk masyarakat kita memakmurkan masjid. Selain faktor kejahilan, kekangan ekonomi, kebejatan sosial dan komitmen penguasa, masjid-masjid kita sebenarnya dibelenggu birokrasi dan cengkaman politik! Di satu pihak, ustaz-ustaz yang punya kelulusan tidak dibenarkan mengajar atau berceramah walaupun punyai kelulusan tinggi di bidang syariah dan usuluddin atas alasan 'tiada tauliah' atau cenderung kepada pembangkang. Tetapi di satu pihak lagi, hanya mereka yang rapat dengan penguasa walaupun tidak berminat memakmurkan masjid diberi kuasa mentadbir masjid.
Akhirnya masjid sebagai platform ibadah, pembentuk perpaduan dan penjana kemajuan ummah dikecilkan peranan sebagai pusat pengamalan ibadah ritual semata-mata dengan kongkongan ketat dari atas!
cerita Amy lagi
Saya bertemu lagi dengan Ustaz Badrul Amin di Makkah ketika balik dari Masjidil Haram selepas solat Zohor.
"Macam mana Amy ustaz?" soal saya.
"Amy bagus... pagi petang buat umrah. Tak terikut saya... Solat waktu pun berhampiran Kaabah. Selesai saja imam beri salam, dia terus berlari kucup Hajar Aswad... stamina dia ada!"
Saya dan seorang jamaah lain terlopong mendengar cerita beliau.
Kami doakan Amy agar diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk kekal teguh dijalan-Nya. Begitu juga doa kita kepada masjid-masjid di negara ini agar suatu masa nanti bebas lepas daripada segala belenggu untuk membolehkannya mencontohi Masjidil Haram dan Masjid Nabawi di Makkah dan Madinah

from Nor Arfah Mohd Makinuddin/Ea/BNM

Bismillahi-Rahmanir-Rahim.
Assalamualaikum saudara dan saudari,

Nama saya Mohammad Farid A. Hamid (faridh63@yahoo.com, telemerit@gmail.com) Ini adalah pengakuan dan pengalaman saya. Setakat ini saya telah memberitahu kepada kawan-kawan rapat serta saudara-mara rapat sahaja. Saya harap dengan pengakuan ini, dapatlah pengetahuan ini disampaikan kepada lebih ramai Muslimin, dan dengan itu juga berkurangan lah beban saya untuk menyampaikan. InsyaAllah dapat melepaskan diri saya dari tanggungjawap ini, sekurang-kurangnya.

Pada masa saya berumur 13 tahun, saya telah diserang demam yang amat panas, sehingga tidak boleh bangun. Kerana kesempitan hidup, saya hanya dapat makan ubat-ubat yang dibeli dari kedai serta "air badak" pemberian ibu saya. Setiap malam, saya pasti meracau-racau, saya tidak lalu makan langsung. Ibu saya mengatakan, mata saya berkaca kerana terlalu panas, serta selalu meminta air kerana dahaga teramat sangat. Setelah hampir seminggu saya telantar di katil bujang, ibu saya dapat sedikit wang untuk membeli betik dan tembikai. Kedua-duanya dipotong-potong dan direndam dalam air ais untuk saya makan. Setelah saya makan dengan selera terbuka, saya tertidur nyenyak.

Saya telah bermimpi yang kesemua bumi yang dipijak ini merkah, pecah dan segala bukit bukau, hutan rimba, belukar, rumah binaan, ranap dipukul ribut dan gempa. Orang-orang bertempiran lari, serta menjerit-jerit. Yang anihnya, ada bahagian yang merkah tadi terapung-apung naik ke udara, dan ada bahagian yang jatuh laju entah kemana, bersama-sama orang-orang yang diatasnya. Bahagian tanah yang terapung kemudiannya bercantum-cantum membentuk satu dataran yang sangat luas yang tiada apa pun diatasnya kecuali air hujan didalam lopak-lopak. Saya bersama-sama orang-orang lain yang berada di bahagian yang terapung ini berkumpul, sambil tolong menolong kerana ramai yang cedera, patah tulang serta luka-luka. Sedang saya melutut membantu mereka yang cedera, seorang yang berjubah putih datang kepada saya dan mengatakan, "Bacakan lah ayat-ayat ini kepada air dan berikan minum dan sapukan kebahagian yang luka serta patah, InsyaAllah akan sembuh. Ajarkan lah kepada yang lain" Kemudian diberikan ayat-ayat tersebut seterusnya orang itu beredar. Kesemua yang selamat nampaknya mengikuti orang itu, menuju ke satu cahaya di timur. Saya hanya sempat meihat capal yang dipakai oleh orang itu, bentuk capal yang anih serta unik. Saya turutkan suruhan orang tadi, memang terbukti berkesan. Kemudian kami mengikuti orang-orang lain menuju cahaya itu diketuai oleh orang berjubah tadi.

Sedar saya dari tidur, saya dapati tilam saya dibasahi peluh, dan ibu saya mengatakan nafas saya terhenti henti, kemudian laju, kemudian terhenti-henti sewaktu saya tidur. Tapi, saya tidak lagi demam, dan kepala saya tidak pening lagi, terus sihat walaupun tidak bermaya. Mimpi itu tetap bermain di fikiran saya, dan bentuk capal yang unik tu sentiasa berada difikiran. Saya selalu amalkan ayat-ayat tersebut, dan dengan izin Allah, banyak yang dapat saya bantu. Satu hari, saya ternampak gambar didalam majalah, bentuk capal yang unik yang dipakai orang berjubah didalam mimpi saya. Capal tersebut dikatakan kepunyaan RasulAllah. Untuk mendapat kepastian, saya bertanyakan Ustadz Abdullah yang mengajar saya sewaktu itu. Katanya, sekiranya mimpi yang dibacakan didalamnya ayat-ayat AlQuran, adaah benar, lebih-lebih lagi mimpi berjumpa RasulAllah, kerana syaitan tidak mungkin dapat menyerupai RasulAllah. Beliau kemudaian memeluk saya, dan berkata,"Awak amat beruntung, dapat mimpi berjumpa RasulAllah, kerana pada hemat saya mimpi awak adalah benar. Ikutilah pesan RasulAllah, dan ajarkan ayat-ayat itu kepada yang lain".

Tuan-tuan, saudara dan saudari, saya meminta supaya sampaikan pesan ini kepada yang lain. Bacalah Surah Al-Fatihah dari Bismillah sehingga Amin, serta Surah Al-Ikhlas (Tauhid, atau Qul Hu-Allah huAhad) keatas air dan berikan minum serta sapu kebahagian yang sakit dengan niat untuk membantu dan mengurangkan sakit bagi sesiapa sahaja, kerana Allah Ta'ala. Itulah pesanan RasulAllah, dan saya telah menyampaikan. InsyaAllah, diberkati Allah niat yang baik serta bantuan tuan-tuan. Tolong sampaikan dan ajarkan kepada yang lain, dan jangan minta bayaran dari pertolongan tuan-tuan.

Wassalam.
Mohammad Farid A. Hamid
+012-9041917

from Adina Ayu Kamarudin/Ss/BNM

Maksud singkatan " A'kum"
Assalamu'alaikum
Untuk renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan. Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.

Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan dia guna "Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum. Semoga ada manfaatnya.
JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN , FORWARD LAH CERITA KEPADA TEMAN TEMAN MU, KERANA SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU , AKAN ABADI JIKA DIAMALKAN.

from Adina Ayu Kamarudin/Ss/BNM

WANITA MEMBOTAKKAN KEPALA
Untuk Berlakon Satu Kemungkaran...

Antara produk Islam Hadhari sejak sekian lama ia dilancarkan sebagai satu konsep dan prinsip hidup masyarakat Negara ini ialah lahirnya pelakon yang sanggup melakukan apa sahaja seperti Syarifah Amani Syed Zainal Rashid .
Sebelum ini beliau telah banyak kali membuat penampilan yang kontraversi termasuklah kenyataannya yang dianggap menghina bahasa dan bangsa sendiri . ("I sound stupid if I speak Malay" )
Juga beliau tergamak untuk tampil melakukan aksi yang pastinya menjolok mata seperti apa yang lakukannya dalam filem Gubra .
Kali ini, beliau sekali lagi menggemparkan Negara dengan kesanggupan membotakkan kepala untuk tampil dalam filem terbaru lakonannya yang berjudul Muallaf .
Nasib beliau sangat baik di bawah kepimpinan Pak Lah yang berkonsepkan Islam Hadhari berbanding ustaz dan penceramah agama di masjid dan surau yang sering dihimpit kerisauan . Bukan sahaja penceramah agama ini akan digam kerana tiada tauliah tetapi tidak kurang juga yang ditangkap dan didenda .
Dewan Pemuda PAS Pusat melahirkan rasa kesal terhadap fenomena ini . Inikah bentuk tamaddun yang mahu dilahirkan oleh Islam Hadhari ? Menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah swt .
Satu rasa simpati diberikan kepada mereka seperti Syarifah Amani yang rosak mindanya akibat terperangkap dalam system yang tidak mendidiknya menjadi wanita muslimah yang solehah .
UMNO dan BN bertanggungjawab dalam hal yang seperti ini. Keengganan mereka melaksanakan syariat dan system hidup berlandaskan keluhuran agama dan ketulusan akhlak akhirnya melahirkan individu seperti Syarifah Amani dan lainnya.
Program reality tv seperti Akademi Fantasia juga dilihat satu aktiviti dalam system yang terpisah jauh dari wahyu Ilahi ini dan akhirnya melahirkan individu yang sangat janggal dan ganjil di mata Islam .
Akademi fantasia melahirkan penyanyi wanita yang bertudung dengan aksi rock dan tarian yang meliuk lintuk di hadapan khalayak . Tanpa malu dan tanpa segan sebaliknya bangga tanpa pula rasa bersalah terhadap agama.
Sekali lagi Dewan Pemuda PAS Pusat mempersoalkan bagaimanakah UMNO dan BN mahu melahirkan masyarakat yang menepati rukun atau prinsip pertama Islam Hadhari iaitu manusia beriman dan bertaqwa ?
Apakah aktiviti seperti ini dianggap mampu melahirkan insan beriman dan bertaqwa menurut acuan Islam Hadhari ? Hari ini lahir pula Anugerah Ikon Malaysia sebagai satu lagi aktiviti atau produk Islam Hadhari selain dari program Gang Starz yang kian rancak di kaca tv.
Hukum Membotakkan Kepala bagi kaum Wanita .
1. Dari Ibnu Abbas Rhma berkata :


Rasulullah saw. telah melarang perempuan mencukur ( membotakkan ) kepalanya .
Dikeluarkan oleh An Nasaa'I
Kitabuz Ziinah , bab Larangan Perempuan mencukur kepalanya
2. Abi Musa Al Asya'ri Rha. Berkata :


Rasulullah saw. berlepas diri dari perempuan yang meninggikan suara tangisan ketika meratap dan membotakkan kepala ketika musibah .
Dikeluarkan oleh Imam Bukhari
Ulasan :
Membotakkan kepala bagi wanita dalam keadaan mereka menerima musibah dilarangkan oleh Rasulullah saw. sehingga baginda melafazkan bahawa baginda akan berlepas diri darinya , inikan pula membotakkan kepala dalam keadaan aman tanpa sebarang musibah .Pastinya ia lebih dimurkai oleh Nabi saw.
3. Dari Ibnu Abbas Rhma :


Rasulullah saw. telah bersabda: dilarang ke atas perempuan bercukur ( membotakkan ) tetapi dibenarkan bagi perempuan memotong sedikit dari rambutnya .
Riwayat Abu Daud di dalam sunannya
Bab al Manaasik al Hajj
Walaupun asbab wurud ( sebab datang ) nya hadis ini berkait dengan tahallul dalam ibadah haji , maka jelas hukumnya. Betapa dalam masaalah ibadah seperti tahallul dari ihram haji atau umrah , seorang wanita dilarang mencukurkan kepalanya , inikan pula dalam keadaan di luar ibadah , tentu sahaja terlebih aula dilarang .
Al Imam an Nawawi dalam kitabnya Syarah Sohih Muslim jilid keempat jelas menghuraikan persoalan ini .

Maksudnya :
Adapun menggunting rambut dan memendekkannya ( bagi seorang perempuan ) untuk berhias dan kelihatan cantik , maka ia adalah harus jika mendapat izin dari suami dengan syarat tidak sampai kepada had menyerupai kaum lelaki .
Dalam huraian yang menyerupai masaalah di atas , Dr. Wahbah az Zuhaili menambah syaratnya :

Bahawa tidaklah yang sedemikian itu ( merujuk kepada menggunting dan memendek rambut ) dengan tangan lelaki ajnabi ( lelaki bukan mahram sebagai tukang gunting )
Kalau dilihat dalam kitab Fathul Baari , Jilid ke 10 muka surat 375 : lebih jelas membahaskan betapa Allah menghiasi perempuan dengan rambut yang cantik dan unik .
Maka Islam mengharamkan perempuan menyambung rambutnya atau memakai rambut palsu . Pengharaman tersebut kerana merubah anugerah Ilahi . Maka , betapa pula dicukur dan dibotakkan kepala ?
Kalau menyambung rambut hukumnya haram , inikan pula membotakkannya bagi seorang wanita , hukumnya adalah juga tetap haram .
Kerajaan Mesti Peka
Kerajaan digesa agar lebih peka dalam soal yang berkait dengan agama dan hukum . Garis panduan berasaskan syara' mesti dikeluarkan untuk industri perfileman Negara begitu juga untuk industri hiburan agar ianya tidak menyeleweng dari syariat dan merosakkan akhlak serta minda masyarakat.

from Rafian Effendi Razali/Ec/BNM

SEJARAH AYAT KURSI

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia
telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan
kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu
perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera
memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali
selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar
masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya
dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan
memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga
akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari
sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah,
dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh
sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari
segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya
sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal
fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah
s. a. w. bersabda bermaksud:

"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah
hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi;

"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,
kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya
daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara
Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal
dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan
Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga,
dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat
Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki
rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan
ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk,
Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda
berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu
eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda
sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang
Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang
lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak
menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa
membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas
rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah
menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang
benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan
70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan
baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah
azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti
orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang
siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah
berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. ,
Rasullullah s. a. w. bersabda,

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

from "Sonia"

Tips Mengelak dari Penyakit

Berikut ialah cara – cara kebersihan, mengelakkan penyakit dan seumpamanya yang berkaitan dengan kesihatan yang dipetik dari amalan Rasulullah SAW dan pengamal perubatan Islam.
1. Allah tidak menjadikan penyakit melainkan di jadikan Nya juga ubatnya, kecuali mati. Firman Allah SWT bahawa siapa yang hidup menurut petunjuk Al – Qur ' an akan lanjut usianya.
2. Asal segala penyakit ialah makan. Oleh itu, makanlah apabila anda kehendaki atau perlu dan jangan makan apabila tidak perlu.
3. Perut rumah penyakit dan puasa raja segala ubat. Oleh itu, jadikanlah ia kebiasaan anda.
4. Pada pandangan Allah makanan yang paling baik ialah makanan yang di makan beramai – ramai
5. Makan seorang diri semasa sarapan pagi ialah makan dengan syaitan, makan dengan seorang lain ialah makan dengan raja yang zalim, makan dengan dua orang lain ialah makan dengan para Nabi a.s.
6. Biarkan makananmu agak sejuk sebelum memakannya, kerana makanan yang panas itu tidak berkat.
7. Apabila makan, tanggalkan kasutmu kerana dengan itu kakimu lebih rehat. Inilah nasihat yang baik.
8. Ada keberkatan pada makanan ditengah pinggan. Oleh itu, mulakan makan makanan yang di tepi pinggan dahulu, bukan mula dari tengah. (Pengertian hadith ini ialah seseorang itu hendaklah jangan tamak iaitu mementingkan diri sendiri dan hendaklah membenarkan orang lain sama mendapat berkat, jangan seorang diri saja).
9. Ada keberkatan dalam tiga perkara: dalam sarapan pagi, dalam roti, dan dalam sup.
10. Berus gigi dengan ' miswak' (berus gigi kayu yang biasanya dibuat daripada dahan pokok (pokok pelu) selepas makan dan kemudian berkumur – kumur, kerana kedua – keduanya amalan ini adalah penjaga gigi.
11. Gunakan ' miswak' kerana amalan ini datang kebersihan, dan kebersihan datang dari iman, dan iman membawa orang itu ke Syurga.
12. Makanan dalam pinggan itu memohon rahmat bagi orang yang makan hingga habis langsung (iaitu tidak membazir).
13. Makan bersama barulah bersurai, kerana keberkatan itu ada dalam kumpulan.
14. Kurang makan kurang dosa.
15. Mengumpulkan dalam perkara berikut adalah dilarang iaitu mengumpul gandum, barli, kismis, seko, lemak, madu, lebah, keju, sejenis pokok yang buahnya berkulit keras dan boleh dimakan (walnut) dan zaitun.
16. Jangan minum berdiri kecuali orang yang berpenyakit senggal pada pangkal paha (sciatica).
17. Sarapan pagi waktu fajar (dini hari) ada berkatnya.
18. Ketika Rasul SAW mikra ' j, tidak ada seorang Melaikat pun yang tidak berkata, " Wahai Muhamad s.a.w beritahu umatmu supaya berbekam. Rawatan yang paling baik ialah berbekam, ketumbar dan costus (sejenis herba).
19. Siapa yang sakit 7 hari, maka ia adalah penebus dosa 70 tahun.
20. Tidak ada sakit seperti sakit dalam mata dan tidak ada kerunsingan kerana berhutang.
21. Apabila nabi Muhamad s.a.w melawat orang sakit, baginda biasanya berkata: " Hindarlah pedaya iblis, kekuatan itu dengan Allah, sembuh dan disembuhkan, tidak ada yang menyembuhkan melainkan Allah". *

from "Sonia"

he: Yes. At last. It was so hard to wait.

She: Do you want me to leave?

He: NO! Don't even think about it.

She: Do you love me?

He: Of course!

She: Have you ever cheated on me?

He: NO! Why you even asking?

She: Will you kiss me?

He: Yes!

She: Will you hit me?

He: No way! I'm not such kind of person!

She: Can I trust you?

He: Yes.

Now after the marriage you can read it from below to up !!!!

from

Kebetulan ketika itu, rancangan Forum Perdana Ehwal Islam sedang berlangsung. Salah seorang ahli panelnya ialah ulama terkenal, Dato' Dr. Haron Din.
Biarpun dia bukan seorang Muslim, rancangan Forum Perdana Ehwal Islam bukanlah asing baginya. Selalu juga dia menonton rancangan tersebut. Malah, dia juga tahu sedikit sebanyak tentang ajaran Islam melalui rancangan tersebut. Lagipun, dia suka melihat kepetahan ahli panel itu memberi ceramah dalam bahasa Melayu, secara tidak langsung, dia boleh belajar bertutur dalam bahasa Melayu dengan lebih baik.

Sedang asyik mengikuti perbincang­an itu, tiba-tiba, lelaki tersebut tersentak apabila mendengar Haron Din mengatakan: "Bandingan segala kebaikan amal dan usaha orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhannya ialah seperti abu yang diterbangkan angin pada hari ribut yang kencang, mereka tidak memperoleh sesuatu faedah pun daripada apa yang mereka telah usahakan itu. Amalan itu menjadi sia-sia akibat mereka sebenarnya berada dalam kesesatan yang jauh daripada kebenaran."

Mendengar kata-kata Haron Din, darah lelaki India itu menyirap. Perasaan marah menyelinap masuk ke dalam hatinya. Mana boleh! Itu tidak adil! Takkan Tuhan hanya menerima kebaikan orang Islam sahaja? Bagaimana dengan kebaikan yang dilakukan oleh orang bukan Islam?

Bahkan, sepanjang hidupnya, dia melihat banyak kebaikan yang dilakukan oleh orang bukan Islam, dan ada kalanya, melebihi daripada Kebaikan yang pernah dilakukan oleh orang Islam itu sendiri. Apakah segala kebaikan itu tidak diterima? Dia mula menganggap, ajaran Islam mengamalkan sikap kasta. Jika begitu ajaran Islam, bermakna ia double standard.

Rasa tidak puas hati terus menyelubungi fikiran lelaki tersebut. Lelaki India itu akhirnya bertekad untuk ber­jumpa dengan Haron Din. Dia ingin berdebat dengan ulama tersebut. Pada fikirannya, mana boleh seorang ulama mengeluarkan kenyataan yang tidak adil seperti itu, dan boleh menyentuh perasaan orang bukan Islam di negara ini seperti dirinya. Apatah lagi ia dilakukan secara terbuka di kaca TV.

Lelaki itu tahu, Haron Din bukanlah calang-calang orang, tetapi dia tidak peduli. Dia tetap mahu berjumpa dengan ulama tersebut dan mesti mencari jalan bagaimana untuk bertemu dengannya.Setelah beberapa bulan memendam niat untuk bertemu Haron Din akhirnya hasrat itu tercapai. Melalui seorang pelanggan yang dikenali ketika berurusan di bank tempatnya bekerja, lelaki itu dibawa bertemu dengan Haron Din di sebuah rumah seorang ahli perniagaan di Petaling Jaya. Haron Din mengadakan usrah di rumah ahli perniagaan tersebut pada hari Khamis malam Jumaat, seminggu sekali.

Ketika sampai di rumah ahli perniagaan tersebut, kuliah baru saja bermula. Di hadapan lebih 20 orang jemaah, kelihatan Haron Din duduk bersila sambil memegang sebuah kitab. Kebetulan pada malam itu, Haron Din mengajar tentang bab syirik. Bila ternampak muka Haron Din, hatinya menjadi panas.

Lelaki itu membulatkan tekad, selepas tamat kuliah, dia mahu berjumpa dengan Haron Din. Dia mahu mengajak Haron Din berdebat. Lelaki itu memang betul-betul tidak berpuas hati dengan kenyataan Haron Din di dalam Forum Perdana. Ia masih terngiang-ngiang di telinganya biarpun sudah beberapa bulan berlalu.

Namun, tidak disangka-sangka, segala yang dirancangnya tidak menjadi. Perasaan marah dan bengang yang bersarang dalam dirinya selama beberapa bulan itu mula surut apabila dia duduk mendengar kuliah yang disampaikan oleh ulama tersebut.

Setelah tamat kuliah yang diberikan Haron Din, lebih kurang dua jam selepas itu, semangatnya yang tadi berkobar-kobar mahu berdebat dengan ulama tersebut, kian kendur. Rupa-rupanya, dalam diam, dia mengakui, cara penyampaian, serta kupasan Haron Din yang begitu terperinci dalam bab-bab syirik, membuatkan dia rasa amat terpegun.

Sebelum ini, lelaki India itu tidak pernah mendengar penjelasan mengenai Islam dan ketuhanan seperti yang didengarnya pada malam itu. Biarpun hati lelaki berkenaan sudah mula mahu akur pada kebenaran Islam, namun egonya masih menebal. Lelaki ini memperingatkan dirinya, kedatangannya pada malam itu bukan untuk terpengaruh dengan kata-kata Haron Din, tetapi untuk mengajak ulama itu berdebat dengannya.

Akhirnya dia memutuskan untuk menangguhkan hasrat berdebat dengan Haron Din. Bukan tidak berani, tetapi sebenarnya pada malam itu segala persepsi buruknya terhadap Haron Din dan Islam telah mula berubah.

Pun demikian, lelaki itu tidak mahu mengalah dengan perasaannya. Ego yang ada dalam dirinya mengaburi kewarasan akalnya. Misinya berjumpa dengan Haron Din ialah untuk menyatakan apa yang dikatakan oleh ulama tersebut dalam Forum Perdana adalah tidak adil. Tidak lebih daripada itu.

Dan yang paling penting, tujuan dia bertemu ulama tersebut bukanlah untuk mengakui kebenaran Islam. Lelaki itu membuat perancangan sendiri. Dia akan terus mengikuti kuliah Haron Din di situ, agar dia lebih faham tentang Islam dan senang nanti untuk dia berhujah dengan ulama tersebut kelak.

Selepas itu, pada setiap malam Jumaat, lelaki berkenaan menghadiri kuliah Haron Din. Kali ini dia pergi seorang diri. Tetapi 'masalahnya' semakin lama mengikuti usrah Haron Din, semakin jelas dilihatnya kebenaran Islam. Lama-kelamaan, tujuan asal lelaki ini untuk berdebat dengan Haron Din dan mengatakan bahawa Islam agama yang double standard, bertukar menjadi sebaliknya. Setiap kali dia mengikuti usrah Haron Din, semakin hampir hatinya pada Islam. Islam itu dilihatnya tulus, lurus tanpa simpang-siur.

Niat asalnya untuk berdebat dengan Haron Din akhirnya terpadam begitu sahaja. Sebaliknya, hatinya menjadi semakin lembut dan lelaki India itu bertambah berminat untuk mengetahui tentang ajaran Islam dengan lebih mendalam.

Suatu hari ketika mengikuti usrah Haron Din di rumah ahli perniagaan tersebut, lelaki India itu mengambil peluang bertanyakan bermacam-macam soalan tentang Islam. Dia bertanya, mengapa perlu meninggalkan agamanya dan memeluk Islam? Bukankah semua agama itu sama. Bukankah Islam itu juga sama seperti agama lain, menyuruh membuat kebalkan dan meninggalkan kejahatan?

Dan yang paling penting, dia mahu tahu, kenapa Haron Din mengatakan hanya amalan orang Islam sahaja yang diterima Allah, dan amalan orang bukan Islam tidak diterima-Nya seperti yang disebut di dalam Forum Perdana Ehwal Islam tidak berapa lama dulu.
Haron Din tersenyum dan secara berkias beliau menjawab; " Untuk memudahkan saudara memahaminya, biar saya berikan contoh begini: kita adalah seorang hamba dan tuan kita memberikan kita sebidang tanah, cangkul, benih, baja dan segala kelengkapan yang lain untuk kita mengusahakan tanah tersebut.

" Tuan kita suruh kita usahakan tanah itu tetapi kita tidak berbuat seperti mana yang disuruh, sebaliknya kita mengusahakan tanah orang lain. Kemudian bila tiba di hujung bulan, kita datang kepada tuan kita untuk meminta upah. Saudara rasa, adakah tuan kita akan bagi upah sedangkan kita tidak lakukan apa yang disuruh, sebaliknya kita melakukan kerja untuk orang lain?

"Begitu jugalah simboliknya di dalam Islam. Jika kita melakukan kebajikan dan kebaikan, bukan kerana Allah, tetapi kerana sesuatu yang lain, contohnya kerana manusia, pangkat atau harta, apakah di akhirat nanti, Allah akan memberi balasan di atas amal perbuatan kita sedangkan semua amalan yang kita lakukan bukan untuk Dia?"

Ternyata segala jawapan dan hujah yang diberikan oleh Haron Din atas pertanyaannya itu, membuatkan dia mati akal. Begitu juga dengan setiap hujah dan persoalan yang cuba ditimbulkan lelaki itu dengan mudah dipatahkan oleh Haron Din dengan cara yang lembut dan bijaksana, tanpa sedikit pun menyinggung perasaannya sebagai orang bukan Islam.


Setelah empat minggu berturut-turut mengikuti kuliah yang diberikan oleh Haron Din, ego yang ada di dalam dirinya hancur dengan kebenaran Islam. Akhirnya hati lelaki itu terbuka untuk memeluk Islam. Enam bulan selepas itu, secara rasmi lelaki India tersebut memeluk Islam.

Dalam satu pertemuan empat mata dengan Haron Din setelah lelaki itu memeluk Islam, dia sempat bertanya mengapakah ulama tersebut mengeluarkan kenyataan seperti itu di kaca TV, sedangkan kenyataan itu boleh mengundang rasa tidak puas hati di kalangan bukan Islam, seperti apa yang dirasakannya.

Haron Din menjelaskan kepada lelaki India tersebut: "Memang kenyataan itu saya tujukan khusus untuk orang bukan Islam. Saya mahu orang bukan Islam berfikir tentang kehidupan, asal usul manusia dan kebenaran agama. Saya mendapat maklum balas, ramai di kalangan bukan Islam yang menonton rancangan itu. Jadi, sengaja saya bacakan ayat al-Quran itu agar mereka berfikir."

"Dan saya adalah di antara mereka yang terkena provokasi Haron Din itu. Biarpun pada peringkat awalnya saya bertemu beliau atas sebab tidak puas hati dengan kenyataannya, namun akhirnya, saya bersyukur, kerana ia menjadi penyebab yang membuatkan saya akhirnya menerima cahaya kebenaran Islam," jelas Mohammad Fitri Abdullah, 43, lelaki India yang dimaksudkan dalam cerita di atas.


Ketika Mastika menemuinya di pejabat Perkim bahagian Shah Alam di Masjid Negeri Shah Alam, Fitri berulang kali menyatakan betapa syukurnya dia mendapat hidayah biarpun pada mulanya dia langsung tidak terfikir untuk memeluk Islam.

"Seperti yang saya katakan, pada awalnya niat saya adalah untuk berdebat dan berbalah dengan Haron Din akibat rasa tidak puas hati terhadap kenyataannya itu. Tetapi, apabila saya mendengar penjelasan beliau, ego saya jatuh dan dalam diam-diam saya mengakui, saya bukanlah orang yang layak untuk berdebat dengan beliau," jelasnya.

Sebenarnya sebelum memeluk Islam, Fitri memang seorang yang taat terhadap agamanya. Dia bukan sekadar seorang pengikut yang taat, tetapi juga bergerak aktif dalam beberapa persatuan yang berteraskan agama yang dianutinya. Selain itu, dia turut mengajar di beberapa rumah ibadat di sekitar ibu kota. Biarpun kuat terhadap agamanya, namun jauh disudut hati, lelaki itu sering merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan agama yang dianutinya.

"Sebenarnya, agama tersebut juga mengajar pengikutnya untuk menyembah Tuhan yang satu. Di dalam kitab­kitab lama, itulah ajarannya. Tapi masalahnya, apa yang dilakukan oleh penganut agama tersebut berlainan daripada apa yang diajar di dalam kitab.

"Mereka tidak menyembah Tuhan yang satu, sebaliknya menyembah bermacam-macam Tuhan, selain dari Tuhan yang satu," tegas lelaki yang berasal dan Banting, Selangor ini. Lantaran itulah kata Fitri, hatinya sering berasa ragu dengan agama sendiri. Perasaan ini bukannya baru, malah timbul sejak dia berusia belasan tahun lagi. Dia melihat apa yang diajar di dalam kitab, dengan apa yang dipraktikkan oleh penganut agama lamanya, termasuk dirinya sendiri, ternyata bercanggah sama sekali.

"Tetapi apabila saya mendengar kuliah Haron Din, diam-diam saya mula sedar, saya memang berada dalam kesesatan yang nyata. Pertama kali mendengar ceramah beliau, sudah cukup untuk memberi kesedaran pada diri saya sekali gus berjaya mengubah pandangan saya terhadap Islam selama ini. Mungkin itulah kelebihan yang Allah berikan pada Haron Din," kata Fitri lagi.

Kejadian itu sebenarnya telah pun berlalu hampir 15 tahun, namun cahaya iman yang menyerap ke dalam hatinya masih lagi sesegar dulu. Malah, dari hari ke hari semakin kukuh bertapak di dalam dirinya.

Jika dahulu Fitri seorang mubaligh yang aktif menyebarkan agama lamanya, kini Fitri masih tetap begitu. "Cuma bezanya, hari ini saya bergerak di atas landasan agama yang benar iaitu Islam. Saya cukup sedih bila mendengar ada saudara seagama saya, terutamanya di kalangan orang Melayu yang sanggup keluar dari Islam. Murtad.

"Hari ini, menjadi tanggungjawab saya untuk membantu mereka, memulihkan iman mereka, dengan pelbagai usaha dan cara, termasuk berkongsi pengalaman yang saya lalui sebelum ini.

"Ini adalah tuntutan wajib buat diri saya. Dengan kelebihan yang Allah anugerahkan kepada saya, saya perlu laksanakan amanah ini biarpun berat, sebagai usaha saya membantu menyemarakkan agama Allah di muka bumi yang bertuah ini," ujarnya bersungguh­sungguh mengakhiri pertemuan kami pada petang itu.

catitan :

Benarlah bahawa Hidayah Allah hanya untuk hamba yang dikehendaki-NYA sahaja. Selagi hayat dikandung badan, kita mesti hapuskan gerakan mengkristiankan umat Islam di Malaysia. Semakin lambat kita bertindak, ditakuti bilangan orang murtad ini akan bertambah. Bertindaklah, walau dengan apa jua sekalipun, paling tidak kita doakan kesejahteraan dan keselamatan umat Islam dari fitnah Kristian ini selepas solat fardhu. Apa yang paling saya kesalkan bahawa isu ini dipandang sepi oleh sesetengah pihak dan kita tidak boleh lagi menuding jari serta mengharapkan kepada kerajaan, JAKIM Jabatan Agama Negeri dan sebagainya, Syiar Islam itu diamanahkan kepada setiap individu Islam dan bukannya kepada kerajaan atau mana-mana pertubuhan sekalipun.

Ustaz Harun Din adalah ulama yang amat disegani dan saya sungguh sedih melihat ulama seperti beliau seolah-olah tiada tempat dalam masyarakat kita.Sungguh sukar untuk kita lihat wajah beliau di kaca televisyen sedangkan ilmu yang beliau miliki amat penting untuk kita sama-sama kongsi,pelajari dan amalkan. Rancangan Forum Perdana kini gagal menarik minat penonton Islam termasuk bukan Islam kerana kita kehilanagan ulama-ulama seperti Ishak Baharom, Badrul Amin, Harun Din, dan ramai lagi. Kenapa mereka ini di gam? Disekat terus menerus? Mengapa?

from receiving@asemal.com.my

Seorang wanita India yang tinggal di estet, pada zaman

British dahulu, telah dikahwinkan dengan seorang lelaki (bangsa India

jugak).



Tak lama lepas berkahwin, dia mula merasakan suatu perubahan ketara. Dia

asyik muntah-muntah. Hairanlah mangkuk ni sebab sebelum kahwin tak

muntah pun. Seminggu selepas "asyik muntah-muntah" tu dia tanya laki

dia.



"Ane, ini satu minggu dalam saya ada muntah juga. Dulu ini macam tada

juga! Apa pasal la ane?"

"Ayo, sayang! Wungko ta tau ka?"

"Ta tau la, ane."

"Ini macam punya sakit lepas kawin punya dalam ada kena."

"Ane, ada kena ka?"

"Cit, rasykal! Jantan ta da kena. Pompuan juga ada kena."

"Wo, itu macam. Sekarang saya ada paham."



Dia pun tak tanyalah apa-apa lagi selepas itu. Tambahan pulak rasa loya

tu kemudiannya beransur-ansur hilang. Tiga bulan kemudian, dia mula rasa

pelik. Sebenarnya dia dah mula rasa pelik sebulan lebih dulu. Dia pun

dengan penuh manja dan tangkap leleh, tanya lakinya.



"Ane, saya tanya sikit boleh ka?"

"Banyak mau tanya pun tira pa. Saya jawab juga kalu."

"Ane ada tengok ka ini?"

"Apa?"

"Ini perut juga lama makin lama besar! Takut juga saya. Apa pasal ini

macam?"

"Ayo yo, chit. Bodoh. Engko punya ama ta da kasi tau ka?"

"Saya belum tanya juga!"

"Belum kawin punya jam dia ta da kasi tau ka?"

"Ta da juga!"

"Sekarang lu pigi tanya. Bodoh punya pomblek."



Terkulat-kulat bininya apabila diherdik lakinya. Sebelum tu lakinya tak

pernah menyinga macam tu. Dia segera mendapatkan ibunya dan bertanya:



"Ama, saya tanya juga mau satu hal."

"Apa itu hal?"

"Ama, saya punya perut hari makin hari besar. Takut la saya ama."

"Ayo yo! Wungko punya laki ta mau kasi tau ka?"

"Dia marah juga sama saya ini hal punya dalam."

"Cit, cilaka punya menantu. Wungko kasi tanya sama dia baik-baik."

"Tolong la ama, kasi tau. Ta da kalu saya mati."

"Wokey, wokey! Ama kasi tau. Itu perut punya dalam angin juga duduk."



Puaslah hati pompuan ni apabila mendapat tau jawapannya. Dia pun

bersegeralah mendapatkan lakinya untuk menjelaskan sebabnya yang pada

pandangannya memang telah sedia dimaklumi suaminya.



"Ane, ane. Saya ama juga sudah kasi tau."

"Apa dia cakap?"

"Ini perut punya dalam angin juga ada. Itu pasaal la kumbong, bungkak."

"Cit, bodoh punya ama mantua."

Ter kejut biawak pompuan ni. Tadi dia yang jadi sasaran kemarahannya,

sekarang emaknya pulak. Lagi tekejut dia apabila tiba-tiba je lakinya

berdiri lalu menyingkap kainnya (dhoti) dan menunjukkan anunya seraya

mengherdik:



"Angin ya, angin masuk ka. Wungko punya ama butol-butol bodo. Apa, dia

ingat ini batang pam basikal ka?!!"

from "Mohd Roszam Bin Mohd Ali"

Subject: Good Questions- Dirty Answers. Huahahahahah


1. What is the similarity between men and rats?

Both keep searching for new holes.

2. What is the closest thing similar to woman's period?

Your salary, it comes once a month lasts about 5-days and if it doesn't come, it means you are in big trouble.

3. What is the difference between sociology and biology

When the baby looks like his dad or mom, then it is biology. When the baby looks like the neighbor, then it is sociology.

4. Doctor: You look so weak and exhausted. Are you taking 3 meals as per my advice?

Lady: Doctor, I thought you said 3 males a day.

5. Girl friend & boy friend go for a movie. In the dark, a mosquito enters the girl's skirt. Guess where it would have bitten?

The boy friend's hand.

6. Tarzan and the animals went to the river to take a bath. Tarzan removed his clothes. All the animals laughed. Tarzan asked "Why"?

The animals told him. Your tail is in front and short".

from fathil.mohamed@anixter.com

VERY TOUCHING STORY
>---------------------------------
>
>Lapang benar dada Pak Uwei bila pegawai yang bertugas di kaunter pejabat
>Tabung Haji itu memberitahu nama dia dan isterinya turut tersenarai dalam
>senarai jemaah yang akan menunaikan fardhu haji pada tahun ini.
>
>"Tapi pak cik kena bayar segera bahagian makcik yang masih tak cukup tiga
>ribu lagi tu. Selewat-lewatnya minggu depan bayaran mesti dibuat,"beritahu
>pegawai itu lagi.
>
>"Insya Allah encik. Saya akan bayar seberapa segera," janji Pak Uwei.
>Berita gembira itu ingin segera dikongsi bersama isteri kesayangannya.
>
>Sebaik keluar dari pejabat Tabung Haji dia terus balik ke rumah.
>
>"Pah... oo..Pah!" teriak Pak Uwei sebaik turun dari keretanya.
>
>"Apa bendanya terlolong-lolong ni bang?" tanya Mak Pah.
>
>"Ada berita baik ni Pah, nampaknya hajat kita nak ke Mekah tahun ini akan
>tertunai. Insya Allah dua bulan lagi kita akan ke sana.Tak sabar betul
>saya, rasa macam Kaabah tu dah melambai-lambai, " cerita Pak Uwei dengan
>wajah berseri-seri.
>
>"Betul ke ni bang? Baru semalam si Johari beritahu dia dengan Minah tak
>dapat pergi. Namanya tidak ada dalam senarai."
>
>"Betullah Pah oii... saya ni baru je balik dari pejabat Tabung Haji. Cuma
>duit bahagian awak tu, tiga ribu lagi kena bayar segera selewat- lewatnya
>minggu depan."
>
>"Mana kita nak cari duit banyak tu bang? Tiga ribu tu bukan sikit, itu pun
>lepas duit tambang. Duit kocek mau juga sekurang-kurangnya dalam seribu."
>Mak Pah merenung gusar wajah suaminya.
>
>"Alah Pah, kita mintalah tolong dengan Muaz dan Balkis. Takkanlah mereka
>tak nak beri. Bukannya banyak, cuma dua ribu seorang saja." Wajah Pak Uwei
>semakin berseri-seri. Dia yakin anak- anaknya yang dua orang itu tidak akan
>menghampakan harapannya.
>
>"Lusa hari minggu, saya nak suruh budak-budak tu balik boleh kita
>berunding," cadang Pak Uwei.
>
>"Kalau tak cukup bahagian saya tu, awak ajelah yang pergi dulu. Tak elok
>kita menyusahkan anak-anak bang, lagipun apa pula kata menantu kita nanti
>nak ke Mekah minta duit anak-anak." Mak Pah tidak bersetuju dengan
>rancangan Pak Uwei.
>
>"Pah... Muaz dan Balkis tu kan anak-anak kita. Kita dah besarkan mereka,
>hantar belajar tinggi-tinggi takkan nak hulur dua ribu pun tak boleh
>lagipun selama ni kita tak pernah minta duit mereka. Tak usahlah awak
>bimbang Pah, saya yakin anak-anak kita tu tak akan menghampakan kita kali
>ni." Yakin benar Pak Uwei, harapan yang menggunung digantungkan kepada
>anaknya.
>
>"Tapi bang?... "
>
>"Dahlah... pegi siapkan kerja awak tu, tak usah nak risau tak tentu hala.
>Saya nak telefon budak-budak tu," pintas Pak Uwei sebelum Mak Pah
>melahirkan kebimbangannya. Lega hati Pak Uwei bila Muaz menyatakan yang dia
>akan pulang kemudian Pak Uwei menelefon Balkis pula di pejabatnya. Dia
>hanya menyuruh mereka balik tanpa memberitahu hajatnya.
>
>"Insya Allah Kis balik nanti abah. Emm... abah nak Kis suruh Intan balik
>sama?" tanya Balkis.
>
>"Ikut suka kaulah, bagi abah yang pentingnya kau dan Muaz. Intan tu ada ke
>tidak ke, sama aje. Balik ya?... ," balas Pak Uwei.
>
>Bukannya dia membeza-bezakan anak-anak tapi hati tuanya cepat benar panas
>bila berhadapan dengan Intan. Sikap degil dan tak mahu mendengar kata
>anaknya itu menyebabkan dia tersangat geram. Sudahlah malas belajar tidak
>seperti Muaz dan Balkis yang berjaya memiliki ijazah. Kalau ditegur
>sepatah, sepuluh patah tidak menjawab tidak sah. Masih Pak Uwei ingat
>gara-gara sikap keras kepala Intan untuk bekerja kilang mereka bertengkar
>besar tiga tahun lalu. Kini hubungan mereka seperti orang asing.
>
>"Abah tak setuju kau nak kerja kilang kat KL tu. Abah mahu kau sambung
>belajar lagi." Pak Uwei tidak bersetuju dengan niat Intan yang hendak
>bekerja kilang.
>
>"Intan dah tak minat nak belajar lagi abah, biarlah Intan kerja kilang.
>Kerja kilang pun bukannya haram." bantah Intan menaikkan darah Pak Uwei.
>
>"Aku suruh kau belajar kau tak nak, kau nak kerja kilang. Kau tak tengok
>berapa ramai anak gadis yang rosak akhlak kerja kilang duk kat KL jauh dari
>mak bapak, bolehlah buat apa yang kau sukakan. Kau nak bebas macam tu?"
>
>"Itulah abah, selalu nampak yang buruk aje. Bukan semua yang kerja kilang
>duk kat KL tu jahat abah. Kerja apa dan kat mana pun sama aje, pokok
>pangkalnya, hati. Kalau nak buat jahat dalam rumah pun boleh, abah." Intan
>cuba membuat abahnya faham.
>
>"Kenapalah kau seorang ni lain benar dari abang dan kakak kau. Cuba kau
>tengok Balkis tu, tak pernah dia membantah cakap abah macam kau ni!"
>
>"Intan memang tak sama dengan Kak Balkis abah, Intan suka berterus terang,
>kalau tak kena Intan cakap depan-depan bukan membebel kat belakang," balas
>Intan selamba menyemarakkan lagi bara dalam dada abahnya.
>
>"Anak tak mendengar kata!!, ikut suka kaulah. Kalau kau nak pergi, pergi...
>aku dah tak larat nak larang. Nak terlentang ke?, telangkup ke?, gasak
>kaulah. Kau buat apa yang kau suka, aku tak nak ambil tahu lagi!!"
>
>Sejak kejadian itu, Pak Uwei memang tidak memperdulikan langsung apa yang
>Intan nak buat. Namun begitu Intan tetap pulang setiap kali cuti, dia
>bersikap selamba biarpun abahnya tidak memperdulikannya. Intan selalu
>menghulur duit tapi hanya kepada maknya sahaja.
>
>Riang hati Pak Uwei bukan kepalang bila anak-anaknya pulang, tambahan pula
>dia sudah rindu dengan cucucucunya. Malam itu selesai menikmati makan malam
>dan berjemaah sembahyang Isya`, mereka duduk berborak di ruang tamu.
>
>"Sebenarnya ayah suruh kau orang balik ni, ada hajat sikit," Pak Uwei
>memulakan bicara.
>
>"Hajat apa pula abah?" tanya Muaz yang duduk di sebelahnya.
>
>"Abah dan mak kau nak ke Mekah, nama dah ada dalam senarai. Memandangkan
>bahagian mak kau masih belum cukup lagi abah nak minta kau dan Balkis bantu
>sikit. Tak banyak, dua ribu seorang cukuplah," Pak Uwei mengutarakan
>hasratnya.
>
>"Boleh tu boleh abah, tapi kena tunggu sebulan dua lagi. Az baru aje
>keluarkan wang simpanan buat duit muka beli rumah. Sebulan dua lagi
>bolehlah Az ikhtiarkan," ujar Muaz.
>
>"Tapi... pegawai Tabung Haji tu minta bayaran dibuat segera selewat-
>lewatnya minggu depan."
>
>"Kalau dalam seminggu dua ni abah, memang rasanya tak dapat. Paling tidak
>pun cukup bulan ni. Nak cukupkan duit muka tu pun habis duit simpanan
>budak-budak ni Az keluarkan," jawab Muaz serba salah.
>
>"Kau beli rumah lagi??, Rumah yang ada tu kau nak buat apa?" tanya PakUwei
>melindungi kekecewaannya.
>
>"Rumah baru tu besar sikit, abah. Selesalah buat kami sebab budak- budak tu
>pun dah besar, masing-masing nak bilik sendiri. Lagipun beli rumah tak rugi
>abah, pelaburan masa depan juga," sampuk Mira isteri Muaz.
>
>Pak Uwei terdiam, harapannya kini cuma pada Balkis. "Kamu macam mana Kis,
>boleh tolong abah? Nanti abah bayarlah balik duit kamu tu bila ada rezeki
>durian berbuah kat dusun kita tu nanti," Pak Uwei berpaling pada Balkis.
>
>"Kis pun rasanya tak dapat nak tolong abah. Kis baru aje keluarkan duit
>simpanan buat menambah modal perniagaan abang Man. Tengah gawat ni faham
>ajelah... ni tak lama lagi nak bersalin nak pakai duit lagi."
>
>Hancur berderai rasa hati Pak Uwei mendengar jawapan Balkis.
>
>"Man bukan tak nak tolong abah. Kalau nak pinjam duit kad kredit boleh.
>Tapi yelah, kata orang kalau nak ke Mekah ni tak elok pakai duit pinjaman."
>
>"Betul kata Man tu abah. Kalau nak ke Mekah mesti dengan kemampuan sendiri
>baru elok," sokong Muaz. Kata-kata Azman dan Muaz bagaikan sembilu yang
>menikam dada Pak Uwei. Bila dia bertemu pandang dengan Intan, Pak Uwei
>terasa bagai ditertawakan oleh Intan bila kedua anak yang diharap-harapkan
>menghampakannya.
>
>"Tak apalah kalau kau orang tak ada duit. Biarlah abah kau pergi seorang
>dulu, nanti kalau ada rezeki mak pula pergi," Mak Pah bersuara cuba
>meredakan keadaan.
>
>"Kalau nak pergi sendiri, dah lama saya pergi Pah!. Tak payah saya tunggu
>lama-lama. Kalau awak tak pergi biarlah kita sama-sama tak pergi... dah tak
>ada rezeki kita nak buat macam mana?" Pak Uwei bangun masuk ke bilik
>meninggalkan anak-anaknya dengan rasa kesal. Intan tahu abahnya benar-benar
>kecewa. Walaupun orang tua itu tidak
>menunjukkan rasa kecewanya tapi Intan faham kecewa abahnya teramat sangat
>kerana tidak menduga anak-anak yang selama ini disanjung akan
>mengecewakannya begitu.
>
>"Anak awak tu tak balik ke?" tanya Pak Uwei pada Mak Pah bila Intan tidak
>turut serta balik bersama abang dan kakaknya.
>
>"Tak, katanya cuti sampai hari Rabu nanti," balas Mak Pah sambil mencapai
>kain selendangnya.
>
>"Nak ke mana pulak tu?" tanya Pak Uwei melihat MakPah bersiap-siap.
>
>"Nak ke kedai Long Semah tu nak belikan anak saya Intan, kuih lepat ubi
>kegemarannya. " Sengaja Mak Pah menekan suara bila menyebut anaknya. Bukan
>sekali dua dia menegur sikap Pak Uwei yang gemar membeza-bezakan anak.
>
>Pagi Isnin tu selepas bersarapan Intan bersiap-siap hendak keluar.
>
>"Nak ke mana Intan pagi-pagi lagi dah bersiap ni?"
>
>"Intan ada hal sikit kat bandar mak. Intan pergi dulu ye."
>
>"Kalau nak ke bandar suruhlah abah kau tu hantarkan," suruh Mak Pah.
>
>"Tak payahlah mak, Intan nak pergi banyak tempat ni. Nanti bising pula abah
>tu. Intan pergi dulu."sambil mencium tangan Mak Pah yang menggeleng kepala
>memerhatikan Intan berlalu pergi.
>
>Kadangkala sedih hatinya melihat sikap suaminya yang keras hati, membuat
>anaknya itu menyisihkan diri.
>
>Ketika Intan pulang dari bandar tengah hari itu mak dan abahnya sedang
>menikmati juadah tengah hari.
>
>"Kau ni Tan buat benda apa lama benar kat bandar tu? Mari makan sama. Ni
>abah kau ada beli ikan baung salai, mak masak lemak cili api."
>
>"Ingat lagi abah lauk kegemaran Intan rupanya," usik Intan tak bertangguh
>mencapai pinggan.
>
>"Mak bapak memang tak pernah lupakan anak-anak, cuma anak-anak aje yang
>lupakan mak bapak," jawab Pak Uwei sinis. Intan tersenyum pahit. Selesai
>mengemas pinggan mangkuk, Intan menunaikan solat Zohor kemudian dia
>mendapatkan mak dan abahnya yang sedang duduk di ruang tamu. Abahnya sedang
>membaca suratkhabar. Mak Pah pula melipat kain.
>
>"Mak, abah... Intan ada hal sikit nak cakap ni... ," ujar Intan menghampiri
>mereka. Pak Uwei menurunkan suratkhabar yang dipegangnya kemudian
>menanggalkan cermin mata yang digunakan untuk membaca.
>
>"Apa hal... kamu nak kahwin ke?" soal Pak Uwei merenung Intan. Tawa Intan
>meledak tiba-tiba mendengar soalan abahnya.
>
>Melihat Intan tergelak besar Pak Uwei turut tertawa. Mak Pah pun tergelak
>sama, riang rasa hatinya melihat kemesraan yang hilang dulu mula menyatu.
>"Abah ni... ke situ pulak...."
>
>"Habis tu?"
>
>"Ini... Buku Tabung Haji mak. Tadi Intan ambil dalam laci tu. Yang ni,
>resit memasukkan duit ke akaun mak. Semuanya Intan dah uruskan. Dan ini dua
>ribu untuk buat duit kocek mak dan abah. Yang dua ratus lagi ni untuk buat
>kenduri doa selamat sebelum berangkat nanti." Intan memasukkan duit itu
>dalam genggaman Pak Uwei.
>
>"Apa??" Pak Uwei terkejut matanya merenung Intan dan duit di tangannya
>bagai tidak percaya.
>
>"Ini duit simpanan Intan sejak mula bekerja dulu. Duit hasil titik peluh
>Intan yang halal abah, terimalah. Selama ini Intan banyak kali kecewakan
>abah. Intan tak pernah dapat membahagiakan hati abah. Selama ini pun Intan
>selalu sangat rasa kalah pada abang Az dan Kak Balkis. Intan tak cantik dan
>baik macam Kak Balkis, apatah lagi bijak seperti mereka. Intan tahu abah
>selalu kecewa dengan Intan. Hanya kali ini Intan dapat tunaikan hasrat
>abah. Dah banyak kali abah tangguhkan hasrat nak naik haji. Dulu kerana Kak
>Balkis nak kahwin, lepas tu mak pula tak sihat. Sekarang ni masa yang
>sesuai. Intan harap, abah sudi terima pemberian yang tak seberapa ini dari
>Intan," tutur Intan perlahan memerhatikan airmata menuruni pipi abahnya
>yang sudah berkedut dimamah usia.
>
>"Terima kasih Intan. Malu rasanya abah nak ambil duit kamu... dulu abah
>selalu bangga dengan Balkis dan Muaz yang memegang jawatan tinggi tapi
>akhirnya anak abah yang kerja kilang yang membantu abah," luah Pak Uwei
>sambil mengesat airmata terharu atas keluhuran hati anak yang selama ini
>dimusuhinya.
>
>"Sudahlah abah. Yang lepas itu tak usahlah kita ungkit-ungkit lagi. Intan
>gembira abah sudi terima pemberian Intan."
>
>"Pemberian kau ni terlalu bernilai bagi abah dan mak kau Intan... ,"ujar
>Pak Uwei. Intan peluk abahnya erat.
>
>"Hah... tulah, jangan suka memperkecil- kecilkan anak saya ni," Mak Pah
>mengusik Pak Uwei sambil mengesat airmata penuh kesyukuran.
>
>"Mak ni... ," gelak Intan memandang abahnya yang tersengih.
>
>Masa yang ditunggu-tunggu tiba dalam keriuhan sanak saudara yang datang
>menziarahi Pak Uwei dan Mak Pah. Intan memerhati dengan perasaan gembira
>bercampur hiba.
>
>"Semua dah siap ke mak?" tanya Intan menjenguk ke bilik emaknya
>memerhatikan Mak Pah mengisi barang keperluan semasa di Mekah.
>
>"Dah rasanya... ada apa-apa yang Intan nak pesan mak belikan di sana
>nanti?"
>
>"Tak ada mak. Mak janganlah fikir soal apa yang nak dibeli mak. Yang
>penting mak dapat menunaikan ibadah dengan sempurna."
>
>"Hah, awak dengar tu... kita ni nak pergi menunaikan ibadah, bukan nak
>membeli-belah, " tambah Pak Uwei yang turut mendengar perbualan dua-beranak
>itu.
>
>"Intan tak nak mak dan abah belikan satu apa pun dari sana . Hanya satu
>yang Intan mahu, doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat," pesan Intan
>sambil memeluk emaknya. Mak Pah dan Pak Uwei berpandangan. Tiba-tiba sebak
>dengan permintaan Intan itu.
>
>????????????????????????????????????
>
>Hanya dua jam lagi kapal terbang akan mendarat di tanah air. Pak Uwei
>mengerling Mak Pah yang lena di sebelahnya. Dalam keriangan telah
>menunaikan ibadah haji tanpa sebarang kesulitan, terselit rasa tidak sedap
>di hati. Perasaan rindu pada anak-anak terutama Intan bagai menyentap
>tangkai hatinya. Pak Uwei terkenangkan mimpinya bertemu Intan di tanah
>suci. Intan tidak berkata sepatah pun tapi bagai memberitahu yang dia akan
>pergi jauh.
>
>"Kenapa resah aje ni, bang?" Mak Pah terjaga.
>
>"Entahlah Pah, saya teringat sangat dengan Intan dan anak-anak kita."
>
>"Sabarlah, dah nak sampai dah ni," pujuk Mak Pah.
>
>Dari jauh lagi Pak Uwei sudah melihat Muaz dan Azman menanti mereka.
>
>"Mak... abah... ," Muaz meraih emaknya dalam pelukan dan kemudian abahnya
>tanpa dapat menahan airmata menitis laju.
>
>"Mana yang lain ni, kamu berdua aje?" Pak Uwei tertinjau-tinjau mencari
>wajah Intan.
>
>"Mereka menanti di rumah, abah," beritahu Azman suami Balkis sambil mencium
>tangan Pak Uwei. "Intan pun tak datang juga ke?" Tanya Pak Uwei terasa
>hampa.
>
>"Awak ni... kan Man dah kata mereka menunggu di rumah." Mak Pah menggeleng,
>dua tiga hari ini nama Intan tak terlepas dari mulut suaminya. Perjalanan
>tiga jam dari KLIA untuk sampai ke rumah terasa begitu lama oleh Pak Uwei.
>Mak Pah yang melihat kegelisahan suaminya turut berasa bagai ada yang tak
>kena.
>
>"Dua tiga malam sebelum balik, abah kau mengigau terjerit-jerit dia panggil
>nama Intan. Kalau Intan dengar cerita ni tentu dia gelihati." cerita Mak
>Pah pada Muaz dan Azman. Muaz diam sambil mengerling Azman yang sedang
>memandu.
>
>"Tentulah abah ingatkan Intan, sebab Intan yang bagi dia duit," balas Muaz
>cuba bergurau walaupun terasa sayu.
>
>"Tapi, abah rasa macam ada yang tak kena aje Az, dalam mimpi abah tu, abah
>nampak Intan macam nak beritahu dia nak pergi jauh. Tapi dia tak bercakap
>pun hanya renung abah. Intan tak ada cakap apa-apa dengan kau Az?"
>
>"Err... tak ada abah. Kita berhenti minum dulu abah, tentu mak haus," ajak
>Azman menukar tajuk perbualan.
>
>"Tak payah, dah dekat ni. Abah tak sabar nak balik," tolak Pak Uwei.
>
>Azman dan Muaz hanya berpandangan. Sebaik turun dari kereta, Balkis meluru
>memeluk mereka dengan tangisan. Suara Pak Long Basri yang bertakbir
>menambah sayu. Semua yang ada menitiskan air mata.
>
>"Mak dengan abah sihat ke?" tanya Mira setelah bersalaman dengan ibubapa
>mentuanya.
>
>"Sihat, cuma batuk-batuk aje sikit. Intan mana, dia tak balik ke?" Mak Pah
>mula berdebar bila Intan tidak kelihatan.
>
>"Naik dulu Ngahnya...," suruh Long Semah.
>
>"Intan mana?" Pak Uwei mula hilang sabar bila tak seorang pun memberitahu
>di mana Intan. Pantas dia memanjat tanggu menuju bilik Intan. Matanya
>terpaku pada bekas bara yang terletak di sebelah katil yang bercadar kain
>batik lepas. Dadanya bergetar.
>
>"Az... mana Intan? Mana adik kau Az?" tanya Pak Uwei dengan suara yang
>menggeletar. Badannya terasa lemah, dia berpaut pada tepi pintu.
>
>"Sabar abah... ," Muaz menggosok belakang abahnya.
>
>" Kenapa Az ... kenapa?" Mak Pah menurunkan Syazwan cucunya dari pangkuan
>dan melangkah laju ke bilik Intan.
>
>"Mak... Intan dah tak ada mak," Balkis tersedu memeluk emaknya yang
>terduduk lemah. Pak Uwei terkulai tak bermaya menerima berita itu. Mak Pah
>terus pengsan. Bila dia terjaga dia melihat anak menantu mengelilingnya.
>Pak Uwei duduk di tepi kepalanya.
>
>"Sabarlah Ngah, ini dugaan Allah pada kita. Intan pergipun dalam keadaan
>tenang. Barangkali kerana hajatnya nak lihat kamu naik haji dah tertunai,"
>pujuk Long Semah yang masih belum pulang.
>
>"Intan ada tinggalkan surat untuk kita. Dia memang dah tahu dia tak akan
>hidup lama. Rupa-rupanya dia menghidap barah otak. Dia minta maaf segala
>salah silap dan berpesan supaya kita jangan sedih atas pemergiannya. Dia
>minta kita doakan dia," Pak Uwei menepuk lembut bahu Mak Pah.
>
>"Bila dia meninggal? Siapa yang mengadap masa nazaknya?" tanya Mak Pah
>tersedu sedan.
>
>"Kami semua ada mak. Dia begitu tabah menanti detik kematiannya mak.
>Sebenarnya dia yang ajak kami balik ini, katanya nak kemaskan rumah sebelum
>mak dan abah balik. Masa sampai tu dia sihat lagi tiba-tiba malam Khamis tu
>lepas solat Isya` dia sakit kepala teruk sampai tak boleh bangun. Az nak
>hantar ke hospital tapi katanya masa dia dah tiba. Masa tulah baru dia
>ceritakan sakitnya. Dia meninggal subuh hari Jumaat mak... tiga hari lepas.
>Dia pergi dalam keadaan yang cukup tenang mak," cerita Muaz.
>
>Mak Pah mengenggam erat tangan suaminya, terkenangkan bagaimana Intan
>memeluk erat mereka sebelum melepaskan pemergian mereka. Dan ketika itu
>bagai terdengar-dengar suara Intan berpesan,"Intan tak nak mak
>dan abah belikan satu apa pun dari sana . Hanya satu yang Intan mahu, mak
>dan abah doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat.."
>
>Tamat?...
>
>Moral cerita ...... buat baik dan berbaktilah kepada kedua ibu bapa
>sementara mereka masih ada di dunia ini. Harta benda hanyalah sementara
>berbanding amalan yg kita lakukan selagi tubuh badan kita bernyawa.
>Renung-renungkan. .?..