Wednesday, July 11, 2007

from Nor Arfah Mohd Makinuddin/Ea/BNM

> Tahu tak!!

Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi
boleh
mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya,
berat
badan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan).

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat
amalan
spt:-

1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum
matahari
naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan
lemak
mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi
kebanyakan
badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi.
Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena
sakit).

3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur ( iaitu
sujud
sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh
mengelak dari
sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang
membuat
kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains
telah
menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di
kepala yg
tidak dipenuhi darah. dengan bersujud makan darah akan mengalir
keruang
berkenaan.

4. dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat
bercampur
dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan
bersama susu.
di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh
saintis yang
menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala
dalam
ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur
dengan ikan
maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh
merosakkan
usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis
hendaklah
menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahaw a
enzime
banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda
terdapat
dalam
air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya
makanan tidak
hadam)

Wassalam...

Sabda nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu
demi
kebaikkan insyaallah tuhan akan mengandakan 10 kali kepadanya.

Wallahu'alam

from Adina Ayu Kamarudin/Ss/BNM

8 SEBAB AMALAN KITA DITOLAK

Daripada hadith, amalan kita akan diangkat ke langit oleh Malaikat setiap hari untuk dihadapkan kepada Allah S.A.W. Sebelum sampai kepada Allah, amalan kita akan ditapis di 7 lapisan langit yang mana setiap lapisan mempunyai Malaikat yang menjaganya. Berikut ialah sebab-sebab amalan kita tidak diterima di setiap lapisan langit:

1. Lapisan Langit Pertama: ditolak kerana mengumpat.
2. Lapisan Langit Ke-2: ditolak kerana amalan untuk keuntungan dunia semata-mata.
3. Lapisan Langit Ke-3: ditolak kerana sombong atau takabbur.
4. Lapisan Langit Ke-4: ditolak kerana ujub.
5. Lapisan Langit Ke-5: ditolak kerana dengki.
6. Lapisan Langit Ke-6: ditolak kerana tidak berbelas kasihan kepada orang lain.
7. Lapisan Langit Ke-7: ditolak kerana riak.
Menurut Imam Al-Ghazali, riak boleh berlaku dalam 12 perkara iaitu:
1. Riak dalam ibadat.
2. Riak dalam ilmu.
3. Riak dalam amalan.
4. Riak dalam kata-kata.
5. Riak bila berzuhud.
6. Riak dengan harta.
7. Riak kerana pangkat.
8. Riak dengan pencapaian.
9. Riak dengan kebolehan.
10. Riak dengan kecantikan tubuh badan.
11. Riak dengan suara yang lunak merdu.
12. Riak dengan kumpulan yang disertai.
Akhir sekali, apabila amalan yang dihadapkan kepada Allah melepasi kesemua 7 lapisan langit, ada satu lagi sebab mengapa amalan kita ditolak oleh Allah S.A.W. Sebab amalan kita ditolak setelah melepasi 7 lapisan langit ialah amalan yang tidak disertai keikhlasan.

Tanda-tanda kita adalah ikhlas
1. Bimbang menjadi masyhur / popular. Biarlah amalan tidak diketahui orang. Contohnya derma. Tak perlulah sediakan replika cek besar-besar seperti biasa kita lihat.
2. Selalu menyalahkan diri sendiri, mengaku kesalahan, bukan menuding jari kepada orang lain atau menyalahkan takdir.
3. Amalan secara senyap, tidak menunjuk-nunjuk atau menceritakan apa amalan yang dibuat kepada org lain.
4. Tidak mengejar pujian, tidak terpesona atau tertipu dgn pujian. Jika orang memuji dia merendah diri dan mengeji dirinya di dalam hati.
5. Tidak lokek memuji orang lain. Pujian ikhlas secara baik, tidak berlebih-lebihan.
6. Kebaikan / kebajikan tidak mengira kepada sesiapa, membuat kebaikan / kebajikan bukan bila bersama orang-orang yang berdarjat besar semata-mata.
Sama-samalah kita bermuhasabah diri. Jadikan petikan hadith ini sebagai peringatan dan panduan dalam kehidupan seharian kita.

BUKANNYA SENANG UNTUK MENJADI SEORANG HAMBA YANG IKHLAS.....!!!

from Adina Ayu Kamarudin/Ss/BNM

Insan hendaklah bersangka baik dengan Allah. Meyakini bahawa Allah senantiasa melimpah ruahkan rahmatNya. Mendampingkan diri kepada Allah menerusi jendela perbuatan dan amalan yang diredhai. Apabila Allah redha kepadanya, maka dia akan merasakan betapa Allah itu hampir dan tidak jauh darinya.

Sebenarnya, insan itulah yang selalu menjauhkan dari Allah. Apabila dia ditimpa cubaan dia bertanya di mana Allah? Sikap dan akhlak insan terhadap Allah selalu menyebabkan insan hilang pedoman, merasa diri dipencilkan dan tiada tempat yang ingin mendengar rintihannya. Sedangkan tempat untuk mengadu dan merintih senantiasa terbuka di sisi Allah. Kadang-kala seseorang insan rela ke sana-sini memohon bantuan bagi sesuatu pekerjaan dan urusannya dari makhluk sehingga terlupa untuk memohon bantuan dan bertawakkal kepada Allah. Bersusah payah insan berjumpa orang lain demi mengadu rasa hati dan derita sehingga dia lupa untuk mengadu kepada Allah yang senantiasa mendengar rintihan hamba dengan penuh rahmat.

Ini semua kerana insan merasakan Allah itu jauh darinya dan dia lupakan firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 186 yang bermaksud:
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya engkau (Wahai Muhammmad) tentangKu, (maka jawablah) sesungguhnya Aku ini hampir, Aku menjawab seruan sesiapa yang berdo`a kepadaKu apabila dia berdo`a. Maka hendaklah dia menyahut seruan (menunaikan perintahKu) dan beriman kepadaKu mudah-mudah mereka selalu berada di atas petunjuk”

Ya! Allah itu hampir dan amat sudi untuk segala do`a yang diangkat kepadaNya. Justeru itu sangat menghairankan bila adanya insan yang meninggalkan do`a kepada Allah yang hampir kepadaNya lalu mendapatkan makhluk-makhluk yang tidak terdaya untuk mengadu segala rasa hati dan dukacita. Padahal kita tahu bahawa sikap makhluk apabila terlalu banyak diminta maka bertambah rasa bosannya sedangkan Allah pula lagi banyak kita mengadu dan meminta bertambah pula kasih dan sayangNya.

Allah tidak jauh daripada setiap hamba. Yang menjadikan Allah itu jauh daripada kita ialah diri kita sendiri. Hati yang tidak merasai kewujudan dan rahmat Allah serta kefahaman yang tidak betul terhadap agama selalu menjauhkan perasaan manusia daripada Allah. Sesiapa yang hatinya bersih akan menangislah dia apabila membaca ayat di atas. Betapa Allah dengan penuh kasih sayang meminta kepada RasulNya agar memberitahu bahawa Dia sangat hampir kepada mereka serta mendengar do`a dan rintihan mereka.

Kita diajar di dalam Islam agar senantiasa bergantung kepada Allah nescaya kita dapati Allah senantiasa bersama kita. Sabda Nabi s.a.w kepada Ibnu `Abbas ketika itu dia masih kecil:

Maksudnya:
Wahai anak kecil! Sesungguhnya aku ingin mengajarmu beberapa kalimat, iaitu, jagalah Allah (jagalah perintahNya) nescaya Allah menjagamu. Jagalah Allah (jaga perintahNya) nescaya engkau dapati Dia berada di hadapanmu (menunaikan keperluanmu). Apabila engkau memohon pohonlah daripada Allah. Apabila engkau meminta pertolongan minta tolonglah daripada Allah.
(Riwayat al-Tirmizi hadith ke-2516, katanya hadith ini hasan sahih)

Apabila seseorang menjaga agamanya, memelihara tanggungjawabnya sebagaimana dititah perintahkan Allah kepadanya, maka dia akan merasa betapa Allah bersama dengannya dalam semua urusannya.
Firman Allah dalam Surah al-Ghafir ayat 60 yang bermaksudnya: "Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdo`alah kepadaKu nescaya Aku menjawab untuk kamu".

Mungkin akan ada yang bertanya: "Allah telah memberitahu bahawa Dia pasti menerima do`a sesiapa yang berdo`a kepadaNya namun mengapa masih ada insan yang berdo`a tetapi kesan do`anya tidak dapat dilihat secara zahir?". Untuk itu, maka para `ulama telah menjawab persoalan ini, antaranya, apa yang dijelaskan oleh al-Imam al-Qurtubi dalam al-Jami’ li Ahkam al-Quran bahawa perkataan ajib dan astajib (aku memperkenankan do`a) bukanlah bererti semestinya setiap do`a itu ditunaikan secara mutlak atau terperinci seperti yang dipohon.. Bahkan do`a seseorang mungkin dimakbulkan melalui salah satu dari tiga cara seperti yang disebutkan oleh baginda Nabi s.a.w. dalam hadith Abi Sa`id al-Khudri di bawah:

Maksudnya:
"Tidak ada seorang muslim pun yang berdo`a dengan sesuatu do`a yang tidak ada di dalamnya dosa atau memutuskan kekeluargaan, melainkan Allah akan beri salah satu dari 3 perkara; sama ada disegerakan untuknya (dimakbulkan di dunia), ataupun disimpan untuknya pada hari akhirat (diberi balasan baik pada akhirat), ataupun diselamat dia dari keburukan yang seumpamanya."

Kata al-Imam al-Syaukani dalam Tuhfah az-Zakirin : Hadith ini riwayatkan oleh al-Imam Ahmad, al-Bazzar, Abu Ya'la, kata al-Munziri: Sanadnya sahih (m.s. 65, cetakan. Lubnan)

Menerusi hadith di atas, baginda Nabi s.a.w. telah menerangkan kepada kita bahawa setiap do`a yang tidak mempunyai sebab-sebab ditolak akan pasti diterima oleh Allah menerusi tiga keadaan berikut;

Pertama: Dimakbulkan segara di dunia. Inilah yang biasanya menjadi harapan setiap yang berdo`a. Ramai di kalangan insan yang memperolehi kurniaan. Hasil kesungguhan mereka berdo`a, Allah makbulkan buat mereka. Kadang-kala dengan begitu pantas. Kadang-kalanya dilewat disebabkan hikmah yang Allah Maha Mengetahui. Tiada yang mustahil untuk Allah menerima do`a seseorang sekali dianggap mustahil oleh manusia. Lihatlah seorang wanita dari Aljeria yang mengidap penyakit barah yang segala doktor yang dia pergi mendapatkan rawatan mereka berputus asa. Akhirnya dengan aduan dan rintihan yang sungguh-sungguh kepada Allah, dia sembuh tanpa sebarang kesan barah yang mengkagumkan seluruh pakar perubatan negaranya. Kata wanita itu: “Saya telah mengadu kepada Dia yang tiada tempat pergi dan lari dariNya, itulah Allah!!!. Demikian kiranya do`a dimakbulkan.

Kedua: Tidak dilihat kemaqbulannya di dunia tetapi disimpan untuk balasan kebaikan yang besar di akhirat di atas hikmah yang hanya dihendaki oleh Allah. Kalau ini berlaku hendaklah kita fahami bahawa ianya adalah pilihan terbaik daripada Allah untuk kita. Akhirat adalah kehidupan yang hakiki, kebaikan di sana tidak ada tukar ganti dengan dunia yang sementara. Allah tidak memaqbulkan sesuatu do`a secara mutlak di dunia kerana Allah Maha Mengetahui segala rahsia kehidupan alam, baik atau buruk di sebalik sesuatu perkara yang kita pohon. Akal kita kadang-kala tidak mampu menjangkau hakikat sesuatu.

Umpamanya, seseorang yang memohon kepada Allah agar diberikan kemewahan yang melimpah, namun Allah tidak menunaikan hajatnya itu, lantas dia merasa diri tidak bernasib baik. Padahal Allah tidak menunaikan hajatnya itu kerana kasih-sayang Allah kepadanya. Allah mengetahui orang ini sekiranya dia berada dalam kemewahan, dia akan lupa kepada Allah maka rugilah kehidupan akhiratnya nanti. Allah ingin menyelamatkannya lalu ditangguh do`a tersebut untuk hari akhirat. Ini adalah contoh ringkas bagi memudahkan kefahaman pembaca. Oleh itu kepadaNya kita berserah. Bahkan apabila kita berada di alam akhirat nanti, kita akan berasa betapa beruntungnya segala do`a yang tidak dimaqbulkan itu ditangguh untuk diberi ganjaran besar ketika kita dihisab di Mahsyar kelak lalu segala do`a tersebut menjadi penyelamat kita dari keperitan neraka atau pengangkat darjat keistimewaan kita di syurga. Di sana nanti satu persatu do`a yang ditangguh itu ditunaikan dengan cara lebih baik dari yang dijangka oleh seseorang hamba.

Ketiga: Do`a diganti dengan keselamatan diri dari keburukan yang akan mengenainya. Hasilnya, betapa banyak keburukan yang insan terselamat darinya tidak dengan kehebatan atau kebijaksanaannya tetapi rahmat Allah yang barangkali datang hasil dari do`a-do`a kita yang berbagai kepada Allah. Di samping itu semua, wajar diingatkan, perbuatan berdo`a itu adalah suatu ibadah. Insan dianggap melakukan kebaktian dan ibadah ketika dia berdo`a kepada tuhannya. Sama ada sesuatu do`a dimakbul atau tidak, pahala pasti ada di sisi Allah S.W.T.

Sabda Nabi s.a.w.
Maksudnya: "Do`a itu adalah ibadah"

(Riwayat al-Tirmizi hadith ke-3372, Abu Daud hadith ke-1479, Ibnu Majah hadith ke-3828. Kata al-Tirmizi: "Hadith ini hasan sahih Kata al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani dalam Ahkam al-Janaiz: Hadith ini sanadnya sahih, seperti apa yang nyatakan oleh al-Hakim dan al-Zahabi.( m.s. 247. Ctk. Riyadh.)

Berdasarkan riwayat di atas kita dapat merasai betapa luasnya rahmat Allah. Bukan sahaja insan senantiasa dibuka peluang untuk meminta daripadaNya, bahkan setiap do`a yang dikemukakan dijadikan ibadat iaitu diberi balasan pahala di sisiNya. Demikian Allah Yang Maha Luas rahmatNya bertambah banyak pemohonan kita kepadanya bertambah pula kasihNya kepada kita.

Sabda Nabi s.a.w.:
Maksudnya:
"Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah melebihi do`a"
(Riwayat al-Tirmizi hadith ke-3370, Ibnu Majah 3829. Kata al-Tirmizi hadith ini `hasan gharib)
Bahkan di sana terdapat dalil-dalil yang begitu banyak yang menggambarkan begitu besarnya kelebihan berdo`a. Ini kerana do`a adalah perlambangan tunduk serta rasa hina diri dan berhajatnya insan kepada pertolongan Allah yang Maha Berkuasa. Oleh itu berdo`alah kita kepadaNya dan jangan berputus asa dari rahmatnya.
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

from Rafian Effendi Razali/Ec/BNM

Subject : ICE

Very Important to Note:

Isn't it true that we all carry our mobile phones with
hundreds of names/numbers
stored in its memory but yet nobody, other than ourselves,

know which of these numbers belong to our near and dear ones? Let us
for a moment create a scenario wherein (God forbid)

We are involved in an accident or had a heart attack and the
people attending to us get hold of our mobile phone but don't know which
number to call to inform our family members. Yes, there are
hundreds of numbers stored but which one is the contact person in case of
an emergency?

For this reason, we must have one or more telephone numbers stored
under the name ICE (In case of Emergency) in our mobile phones.

Read below for more details..... .

"ICE" Campaign

Recently, the concept of "ICE" is catching up quickly. It is
simple, an important method of contact during emergency situations.

As cell phones are carried by majority of the population, all you need
to do is store the number of a contact person or person
who should be contacted at during emergency as "ICE" (meaning In Case of
Emergency).

The idea was thought up by a paramedic who found that when they went to the
scenes of accidents, there were always mobile phones with patients,
but they didn't know which number to call.

He therefore thought that it would be a good idea if there was a nationally
recognized name for this purpose.

Following a disaster in London , the East Anglican Ambulance
Service has launched a national "In case of Emergency (ICE)" campaign.

In an emergency situation, Emergency Service personnel and hospital
staff would then be able to quickly contact your next of kin, by simply
dialing the number stored as "ICE".

Please forward this. It won't take too many "forwards" before every
body will know about this.

It really could save your life, or put a loved one's mind at rest.
For more than one contact name simply enter ICE1, ICE2 and ICE3 etc.

Let's spread the concept of ICE by storing an ICE number in our mobile
phones today!

# Forward to your all nearest and dearest.
A great idea that will make a difference!

from "Norazizah Bt Muhamad Nawi"

SEVENTEEN:

U LOOK AT THEIR
PROFILE/PICTURE CONSTANTLY


SIXTEEN:
WHEN YOUR ON THE PHONE WITH THEM
LATE AT NIGHT AND THEY HANG UP, YOU
STILL MISS THEM EVEN WHEN IT WAS JUST
TWO MINUTES AGO.


FIFTEEN:
YOU READ THEIR TEXTS or IMS OVER AND OVER AGAIN.


FOURTEEN:
YOU WALK REALLY SLOW WHEN YOU'RE WITH THEM


THIRTEEN:
YOU FEEL SHY WHENEVER YOU'RE/THEY'RE AROUND.

ELEVEN:
WHEN YOU THINK ABOUT THEM, YOUR HEART
BEATS FASTER AND SLOWER AT THE SAME TIME


TEN:
YOU SMILE WHEN YOU HEAR THEIR VOICE. or
[hear bout them] :)


NINE:
WHEN YOU lOOK AT THEM, YOU CAN'T SEE
THE OTHER PEOPLE AROUND YOU, All YOU
SEE IS HIM//HER.

EIGHT:
YOU START LISTENING TO SLOW SONGS,
WHILE THINKING OF THEM

SEVEN:
THEY'RE ALL YOU THINK ABOUT.


SIX:
YOU LOVE THERE HUGES MORE THAN
ANYTHING.



FIVE:
YOU REALlIZE THAT YOU'RE AlWAYS SMILING
TO YOURSELF WHEN YOU THINK ABOUT
THEM.


FOUR:
YOU WOULD DO ANYTHING FOR THEM, OR
ANYTHING TO SEE THEM.


THREE:
WHILE READING THIS, THERE WAS ONE
PERSON ON YOUR MIND THE WHOLE TIME...


TWO:
You were so busy thinking about that person, you didnt notice number
twelve.


ONE:
You just scrolled up to check & are now silentely laughing at yourself.



*So? I bet someone's smiling right now... :)
Till we meet again...take care.
Wasalam.

from "Mohd Roszam Bin Mohd Ali"

keluhan seorang suami....

Subuh, mandi nak pergi kerja.
Pagi, naik kereta pergi kerja.
Tengahari, tak payah kerja.
Petang, balik kerja.
Maghrib, tak ada kerja.
Malam, tanya bini bole kerja.
Bangun pagi, penat malam tadi kerja.
Tak sudah-sudah dengan kerja.

Keluhan seorang ISTERI:

Subuh basuh kain.
Pagi sidai kain.
Tengahari angkat kain.
Petang lipat kain.
Maghrib susun kain.
Malam BUKA KAIN.
Bangun pagi, hilang kain.
Tak sudah-sudah dengan kain........

from Jangan bakhil dengan rezeki Allah

Subject: FW: Rahsia Pemakanan Genius-Genius ISLAM

| |
| |
| Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia |
| keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam |
| kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari |
| pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini |
| ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang |
| semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam |
| untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh |
| penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, |
| khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula |
| pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya |
| meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan : |
| |
| 1) MADU |
| Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran |
| mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan |
| madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia |
| adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi |
| pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang |
| meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga |
| mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, |
| fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, |
| silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan |
| kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin |
| hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk |
| merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan |
| kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan |
| bermesyuarat. |
| CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam. |
| PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat |
| merbahaya ! |
| |
| 2) KISMIS |
| Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi |
| memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. |
| Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, |
| lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir. |
| CARA MAKAN : |
| i)Menghadap Kiblat |
| ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali) |
| iii)Baca doa penerang hati |
| iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika |
| dikunyah seperti makan kacang. |
| v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari. |
| |
| 3) SUSU SEGAR |
| Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan |
| tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi |
| iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan |
| badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan |
| berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan |
| oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, |
| mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan |
| merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w |
| menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, |
| memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang |
| terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan |
| lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu. |
| CARA MINUM : |
| i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam |
| ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh |
| Rasullullah s.a.w |
| |
| 4) TELUR |
| Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan |
| keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan |
| yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, |
| vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, |
| natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda |
| Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah |
| (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya |
| memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi |
| masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang |
| terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru. |
| |
| 5) HALIA |
| Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah |
| atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan |
| dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula. |
| CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi. |
| |
| 6) LIMAU OREN |
| Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan |
| fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok |
| untuk diamalkan. |
| |
| 7) BUAH DELIMA |
| Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah |
| delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama |
| 40 hari." |
| |
| (Embedded image moved to file: pic17014.gif)CoolDAGING BURUNG MERPATI |
| |
| Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. |
| Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat |
| efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah |
| ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur |
| burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya. |
| |
| 9) OTAK AYAM |
| Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga |
| boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan |
| memakannya. |
| |
| 10) DAGING AYAM |
| Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar |
| zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya |
| berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa |
| r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina. |
| |
| 11) DAGING BIRI-BIRI |
| Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta |
| dapat meningkatkan kekuatan hafazan. |
| |
| 12) HATI |
| Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin |
| dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal. |
| |
| 13) KEKACANG |
| Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio |
| dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk |
| meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang |
| pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa |
| Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein |
| yang tinggi. |
| |
| 14) BUAH BADAM |
| Untuk meningkatkan kecerdasan. |
| |
| 15) ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS) |
| Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di |
| kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu. |
| |
| 16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar) |
| Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula. |
| |
| 17) BUNGA KOBIS |
| Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental. |
| |
| 1(Embedded image moved to file: pic05695.gif)Cool BUNGA CENGKEH |
| Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja. |
| |
| 19) LABU |
| Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., |
| "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, |
| "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke |
| dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal. |
| |
| 20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI) |
| Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan. |
| |
| 21) MINYAK SAPI |
| Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang |
| kecil. |
| |
| 22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR |
| Juga membantu meningkatkan akal dan memori

from fathil.mohamed@anixter.com

Jangan bakhil dengan rezeki Allah
<>
DR. ISMAIL YUSOFF.
Firman Allah: Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang- orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah ibarat sebiji benih yang mengeluarkan tujuh tangkai dan setiap tangkainya mengeluarkan 100 biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah maha luas kurnia-Nya lagi maha mengetahui. (Al-Baqarah: 261)
Insiden banjir luar biasa yang berlaku terutamanya di Johor dan beberapa negeri lain termasuk Sabah sebenarnya turut membuka peluang kepada umat Islam menambah saham akhirat melalui sedekah.
Bagi mengupas kepentingan sedekah, wartawan, MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto, HARUN OSMAN menemu bual pensyarah Jabatan al-Quran dan al-Sunah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Ismail Yusoff.
UTUSAN: Apakah pengajaran yang dapat kita ambil daripada peristiwa banjir di beberapa negeri yang menimpa baru-baru ini?
ISMAIL: Allah berfirman: Telah nampak kerosakan di darat dan laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka agar mereka kembali (ke jalan yang benar). (Ar- Rum: 41)
Bagaimanapun, bukanlah tujuan kita mencari silap sesiapa. Namun, yang jelas setiap yang berlaku itu adalah dengan keizinan Allah.
Apa yang penting ialah peristiwa itu perlu dilihat sebagai ujian Allah kepada manusia iaitu mangsa-mangsa banjir. Seperkara lagi yang perlu kita ingat ialah, apabila Allah turunkan musibah ia tidak hanya terkena kepada mereka yang melakukan maksiat atau kerosakan. Sebaliknya, golongan baik-baik seperti ulama, ustaz dan tok guru juga turut terkena.
Kepada para mangsa terlibat, mereka mesti mempunyai tahap kesabaran yang tinggi dan menerima apa yang berlaku sebagai ketentuan Allah. Walaupun kita ditimpa musibah, jangan sekali-kali kita mengeluarkan kata-kata yang membenci atau merendah-rendahkan Allah yang maha kuasa.
Di dalam perjuangan kehidupan, manusia berhadapan dengan keuntungan dan kerugian atau kemuliaan dan kecelakaan. Apabila berhadapan dengan kerugian atau kecelakaan yang merupakan dugaan bagi manusia, hendaklah diterima dan dihadapi dengan penuh kesabaran kerana manusia telah dijanjikan bahawa Allah bersama orang-orang yang sabar.
Apa pula tanggungjawab saudara seagama dalam membantu para mangsa ini?
ISMAIL: Sebagai manusia lebih-lebih lagi saudara seagama, kita hendaklah menghulurkan bantuan kepada mereka. Ini kerana ada di antara mangsa kehilangan bukan sahaja wang dan pakaian tetapi juga rumah mereka turut dihanyutkan dalam banjir tersebut.
Justeru mereka sangat memerlukan bantuan dan pertolongan. Ia tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit tetapi pelbagai aspek termasuk kepakaran membina penempatan sementara untuk mangsa yang terlibat.
Menghulurkan bantuan ini turut ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w. melalui sabda baginda: Sesiapa yang mempunyai kenderaan yang melebihi dari keperluannya sendiri hendaklah bersedekah kepada orang yang tidak mempunyai kenderaan dan sesiapa yang mempunyai lebihan bekalan makanan hendaklah ia bersedekah kepada orang yang tidak mempunyai apa-apa bekalan makanan. Selanjutnya baginda menyebut bermacam-macam lagi harta benda yang baginda teringat hingga kami lihat bahawasanya tidak ada seorang pun dari kami yang benar-benar mempunyai kelebihan. (Riwayat Muslim)
Dalam bab bersedekah ini, apakah panduan untuk mengelak daripada berlakunya memberi makanan yang sudah tamat tempoh atau pakaian yang sudah tidak boleh digunakan lagi?
ISMAIL: Islam menggalakkan umatnya supaya memberi pertolongan dan bantuan kepada orang-orang yang susah dan orang-orang yang memerlukan bantuan sama ada dari segi harta benda, kewangan dan sebagainya.
Ia dapat mengelakkan kita daripada mementingkan diri sendiri sebaliknya mengeratkan persaudaraan di dalam Islam.
Kita juga digalakkan memberi sumbangan atau derma barang yang kita sayang. Janganlah pula sementelahan hendak bersedekah, kita bagi makanan yang sudah tamat tempoh atau yang sudah basi. Atau menderma pakaian yang memang sudah tidak boleh dipakai lagi.
Galakan menderma pakaian ini adalah bertepatan dengan sabda Rasulullah, apabila seseorang itu menukar pakaian baru, adalah baik jika dihadiahkan yang lama itu kepada orang lain. (Riwayat Tirmidzi).
Hadis itu adalah dalam keadaan biasa di mana manusia tidak ditimpa apa-apa musibah. Namun, dalam keadaan sekarang, ia sangat relevan kerana mangsa-mangsa banjir ini amat memerlukan bantuan pakaian dan lain-lain barang keperluan. Oleh itu, jangan kita lepaskan peluang untuk menambah pahala.
Apakah kesan kepada golongan yang ditimpa musibah atau ujian Allah apabila menerima bantuan orang lain?
ISMAIL: Dalam keadaan biasa, kita tidak akan berasa betapa nikmat atau perlunya kepada bantuan orang lain. Analoginya, apabila kita sudah kenyang, walaupun kawan kita belanja makan tetapi nikmatnya tidak seberapa. Sedekah kita habis setakat itu sahaja.
Namun, jika kita bandingkan mangsa banjir yang berada dalam kesusahan sekarang. Apabila kita dalam keadaan lapar lalu diberi makanan oleh orang, sudah tentu kita berasa amat bersyukur dan gembira. Perasaan itu amat tebal. Kita akan diingati atas pertolongan atau sumbangan yang sedikit itu.
Begitu juga kepada mereka yang tidak mempunyai pakaian. Apabila menerima bantuan atau sedekah pakaian mereka amat menghargainya kerana ia menjadi barang yang sangat diperlukan.
Saya ingin mengimbas kenangan di India sudah masa dahulu. Apabila musim sejuk, pakaian menjadi amat berharga terutama kepada mereka yang tidak mempunyai rumah. Mereka ini tinggal di kaki-kaki lima.
Bukan sahaja mereka amat berterima kasih apabila menerima sumbangan pakaian malah jika menemui guni pun ia akan dijadikan baju untuk menahan sejuk.
Di negara kita, alhamdulillah, rata-rata kita mewah dalam pakaian. Oleh itu, eloklah kita menderma atau manfaatkan mana-mana yang tidak kita gunakan lagi daripada ia terus disimpan di dalam almari.
Setiap yang berlaku itu mengandungi hikmah. Apa pula hikmah banjir ini?
ISMAIL: Pertamanya, kita dapat melihat kesepaduan masyarakat Malaysia dalam membantu mangsa banjir. Tidak kira bangsa atau agama, semuanya berganding bahu membantu.
Golongan pelajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) juga tidak ketinggalan membantu dalam bentuk tenaga dan masa.
Senario yang sama dapat kita perhatikan sama ada dalam sektor kerajaan mahu pun sektor korporat. Semuanya menghulur bantuan bagi meringankan beban mangsa banjir. Ini bertepatan dengan firman Allah yang menyuruh kita bantu-membantu dalam membuat kebajikan dan jangan membantu kepada perkara yang membawa kerosakan.
Bagi golongan yang tidak terlibat pula, mereka akan bersyukur, insaf, tidak sombong dan tidak pentingkan diri. Jangan kita ingat, kalau berada di tempat yang tinggi kita tidak dilanda musibah. Adakalanya, tempat tinggi juga boleh runtuh.
Bagi mereka yang suka bersedekah, maka ini adalah peluang bagi mereka berbuat demikian. Jangan bakhil atau takut dengan bersedekah harta kita akan berkurang atau boleh menyebabkan kita menjadi miskin.
Islam juga mencela golongan yang bakhil. Ini dijelaskan oleh Allah dalam firman-Nya: Sekali-kali janganlah orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari kurnia-Nya menyangka kebakhilan itu baik bagi mereka. Sesungguhnya, kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di akhirat kelak. (Ali-Imran: 180)
Apakah kelebihan kita bersedekah?
ISMAIL: Banyak kelebihan bersedekah kerana ia adalah antara yang dituntut dalam agama.
Antaranya ia dapat mengeratkan silaturahim sesama Muslim. Terdapat juga tafsiran mengatakan menghubungkan silaturahim itu boleh memanjangkan umur. Ia bukanlah bermaksud umur kita bertambah dengan menghubungkan silaturahim. Maksud di sebaliknya ialah kebaikan yang dilakukan oleh seseorang itu selalu disebut.
Walaupun jika dia telah mati, namun apabila anaknya berjumpa dengan orang yang berkenaan, mereka akan berkata, Arwah bapa kamu dulu selalu datang ziarah atau suka bersedekah.
Bagaimanapun, dalam bersedekah atau apa juga yang kita lakukan, ia perlu dibuat secara sederhana. Apabila berbelanja jangan terlalu boros dan jangan pula terlalu kedekut. Pendek kata, kita perlu bijak berbelanja.